Seperti yang aku kongsikan dalam artikel tentang senarai drama melayu baru tahun 2022, TV3 merupakan salah satu stesen TV yang menyediakan banyak drama melayu menerusi beberapa slot yang disediakan dan ianya dinantikan oleh ramai peminat drama melayu di Malaysia.
Seperti biasa aku akan kongsikan drama melayu baru akan datang di TV3 untuk tahun 2023 memandangkan tahun 2022 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Drama apakah yang bakal ditayangkan pada tahun 2023? Jom kita tengok senarai dibawah.
Baca juga : Senarai Drama Melayu 2022 di TV3
Senarai Drama Melayu Baru 2023 Akan Datang Di TV3
Drama yang dikongsikan dalam artikel ini akan dibahagikan mengikut slot masing masing. Sekiranya terdapat perubahan slot untuk drama yang dikongsikan aku akan kemaskini dari semasa ke semasa.
Slot Sakura (Tayangan Setiap Hari Isnin Hingga Khamis, Jam 6:00 Petang)
- Drama Kerana Cinta Itu Ada (2022/23) - Sedang Ditayangkan
- Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah
- Drama My Mr Blind Date
Slot Lestary ( Tayangan Setiap Hari Rabu Hingga Sabtu, Jam 9:00 Malam)
- Drama Melastik Ke Hatimu 2
- Drama I Love You Mr. Clown
- Drama Kami Budak Band
- Drama Cik P.A Tuan Ash
- Drama Bawah Blok
- The Besties
Slot Samarinda (Tayangan Setiap Hari Hari Isnin Hingga Khamis, Jam 10:00 Malam)
- Drama Hati Tanpa Rasa (2022/23) - Sedang Ditayangkan
- Drama Bukan Lelaki Terhebat
- Drama Serpihan Sayang
- Drama Obsesi Dia
- Sekali Aku Bahagia
Berikut adalah senarai beberapa drama baru TV3 untuk tahun 2023 mengikut slot masing masing buat masa sekarang. Banyak juga ya drama yang disediakan untuk tonton kita pada tahun 2023, aku harap dengan perkongsian ini boleh memudahkan korang untuk mencari informasi tentang setiap drama yang akan ditayang. Kita jumpa lagi untuk senarai drama melayu baru tahun 2024 pulak okay haha.