Drama Gadis Muzikal

Drama Gadis Muzikal  | Untuk Slot Lestary TV3 kali ini akan membawakan korang semua satu lagi drama baru yang bertajuk Gadis Muzikal yang menggandingkan lima pelakon wanita sebagai watak utama iaitu Aisha Retno, Fiza Thomas, Khodi, Tika Nasir dan juga Serene Claire.


Selain mereka berempat, terdapat ramai lagi pelakon lain yang turut serta menjayakan drama Gadis Muzikal ini dan antaranya adalah Hafreez Adam, Mark Adam, Rahmad Mega, Ani Mayuni dan lain lain. 

Drama arahan Kyoll Hamzah ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis hingga Sabtu Jam 9:00 Malam mulai 17 Ogos 2023 akan datang. Korang boleh menonton di Kaca TV atau strim drama Gadis Muzikal secara online di TONTON. 

Sinopsis Drama Gadis Muzikal 

Drama ini mengisahkan tentang 5 Orang gadis remaja yang mencuba nasib mereka dalam industri Muzik dimana mereka mengejar cita cita untuk menjadi penyanyi. Apakah cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh mereka berlima? Korang kena tonton drama ini di TV3 bermula 17 Ogos akan datang!

Informasi Ringkas Tentang Drama Gadis Muzikal

Tajuk Drama : Gadis Muzikal
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 17 Ogos 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Khamis hingga Sabtu, Jam 9:00 Malam
Pengarah : Kyoll Hamzah
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Aisha Retno, Fiza Thomas, Khodi, Tika Nasir dan juga Serene Claire, Hafreez Adam, Mark Adam, Rahmad Mega, Ani Mayuni dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama