Senarai Buffet Ramadhan 2026 Di Pulau Pinang (Lokasi dan Harga)

Untuk  tahun 2026 kita bakal menyambut bulan ramadhan pada hari khamis, 19 februari 2026 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1446 Hijrah. Seperti biasa bila masuk bulan ramadhan ramai diantara kita akan mencari lokasi berbuka puasa atau iftar yang menarik untuk dicuba termasuklah mereka yang tinggal di Pulau Pinang.

lokasi dan tempat Buffet ramadhan 2026 di Pulau Pinang
buffet ramadhan 2026 di Pulau Pinang

Jadi, dalam artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang senarai hotel dan restoran yang akan mengadakan buffet ramadhan 2026 di Pulau Pinang bagi memudahkan korang yang tinggal disana  mencari tempat berbuka puasa atau iftar mengikut selera dan bajet masing masing. 

Senarai Buffet Ramadhan Di Pulau Pinang Tahun 2026

Lokasi Early Bird Adult Kids Senior
Citizen
DoubleTree Resort
By Hilton Penang
20% OFF
bookings made by
1 March 2026

RM138 RM69 RM98
Bertam Resort
Penang
Pembelian Voucher
sebelum 18 Feb 2026

RM99
RM119+ RM99+ RM99+
Hompton Hotel
Penang
*500 Baucar Terawal
RM98
RM108 RM68 RM88
Sentral Seaview Hotel
Penang
Bayaran sebelum 
25 Feb 2026

Dewasa
RM73

Kanak Kanak
RM48

Warga Emas
RM68
RM88 RM58 RM78
Vouk Hotel Suites
Penang
*1000 Orang Pertama
sebelum 21 Feb 2026

RM88
RM98 RM45 RM68
Iconic Marjorie Hotel
Penang
10 Jan  - 10 Feb 2026
RM138+
RM168+ RM88+ RM118+
Amari Spice Penang Full payment made 
before 18 Jan 2026

RM158
RM188 RM118 RM148

DoubleTree Resort By Hilton Penang

Sempena bulan puasa untuk tahun 2026, DoubleTree Resort By Hilton Penang akan mengadakan Ramadan Dinner Buffet bertemakan Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan. Pelbagai menu menarik yang bakal disajikan dan antaranya adalah Kambing Golek Bakar, Kambing Paksu Sup Tulang Berempah, Tulang Rusuk Murtabak dan banyak lagi. Korang boleh rujuk poster dibawah untuk tengok sendiri menu highlights mereka.

Poster Buffet ramadhan 2026 di DoubleTree Resort By Hilton Penang lengkap dengan harga
Credit Poster: DoubleTree Resort By Hilton Penang

Buffet ramadhan mereka akan berlangsung pada 27 Februari 2026 sehingga 15 Mac 2026 dengan harga yang sangat berpatutan tetapi korang berpeluang untuk berbuka puasa disini dengan harga yang lebih murah sekiranya tempahan dibuat sebelum 1 Mac 2026.

  • Harga Early Bird untuk tempahan sebelum 1 Mac 2026 (20% OFF)
  • Harga Biasa  (Dewasa RM138, Kanak Kanak RM69, Warga Emas RM98)

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di DoubleTree Resort By Hilton Penang kerana harga promosi masih lagi berlangsung. Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan sila hubungi mereka sekarang di talian +604 892 8000. 

Bertam Resort Penang

Santapan Negeri Selera Satu Malaysia merupakan tema atau konsep yang dibawakan oleh Bertam Resort Penang untuk buffet ramadhan tahun 2026. Hidangan yang disajikan pada kali ini disediakan oleh Juri Masterchef Malaysia iaitu Chef Jo.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Bertam Resort Penang bersama dengan senarai Harga
Credit Poster: Instagram Bertam Resort Penang

Buffet ramadhan mereka akan berlangsung pada 19 Februari 2026 sehingga 20 Mac 2026 dengan harga yang sangat berpatutan. Buat korang yang membuat tempahan awal sebelum 18 Februari 2026 akan mendapat tempat dengan harga yang lebih murah.

  • Harga Early Bird untuk tempahan sebelum 18 Februari 2026 (RM99)
  • Harga Biasa  (Dewasa RM119+, Kanak Kanak RM99+, Warga Emas RM99+)

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan masakan dari Chef Jo di Bertam Resort Penang. Untuk membuat tempahan sila hubungi mereka menerusi Whatsapp di talian +6017 278 6379 atau +6017 268 7139 atau +6012 357 7431. 

Hompton Hotel Penang

Buffet ramadhan di Hompton Hotel Penang pada tahun ini bertemakan Sajian Warisan Ibunda bertempat di Spice Garden tingkat 11. Buat korang yang sedang mencari buffet ramadhan di Pulau Pinang boleh jadikan hotel ini sebagai salah satu pilihan untuk berbuka puasa nanti.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Hompton Hotel Penang dengan senarai harga
credit poster: Instagram Hompton Hotel Penang

Menerusi poster yang dikongsikan, buffet ramadhan mereka akan diadakan bermula 23 Februari 2026 sehingga 17 Mac 2026. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan tetapi kalau korang nak harga yang lebih murah boleh buat tempahan awal sebab untuk 500 baucar terawal akan mendapat harga RM98 sahaja.

  • Harga Early Bird (RM98)
  • Harga Biasa (Dewasa RM108, Kanak Kanak RM68, Warga Emas RM88)

Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan buffet ramadhan boleh hubungi mereka di talian +604 373 3233 atau aplikasi Whatsapp +604 373 3269.

Sentral Seaview Hotel Penang

Dengan bertemakan Nostalgia Kampung, Sentral Seaview Hotel Penang kembali lagi memeriahkan suasana pada bulan ramadhan 2026. Buat korang yang tinggal berdekatan boleh jadikan hotel ini sebagai salah satu lokasi pilihan untuk berbuka puasa nanti. 

Poster Buffet ramadhan 2026 di Sentral Seaview Hotel Penang lengkap dengan senarai Harga
credit poster: instragram Sentral Seaview Hotel Penang

Buffet ramadhan mereka akan bermula pada 25 Februari 2026 sehingga 15 Mac 2026 tetapi tempahan awal sangat dialukan kerana buat masa sekarang mereka sedang menjalankan promosi pembelian awal.

  • Harga Early Bird untuk tempahan sebelum 25 Februari 2026 (Dewasa RM73, Kanak Kanak RM48, Warga Emas RM68)
  • Harga Biasa (Dewasa RM88, Kanak Kanak RM58, Warga Emas RM78)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Sentral Seaview Hotel Penang sekarang di talian +604 890 9300 (Sentral Seaview Hotel), +6016 471 8962 (Mr. Fajri), +6012 442 5504 (Mr. Ajib) atau +6012 357 4055 (Ms Alzira). 

Vouk Hotel Suites Penang

Bermula 21 Februari 2026 pada setiap hari khamis hingga ahad, Vouk Hotel Suites yang berada di Penang akan mengadakan buffet ramadhan dengan tema Vouk Gegar Bazaar Ramadan 2.0 yang bertempat di tingkat 1 dimana terdapat persembahan DJ dan juga cabutan bertuah.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Vouk Hotel Suites Penang lengkap dengan senarai Harga
credit poster: instragram Vouk Hotel Suites Penang

Sempena buffet ramadhan kali ini, Vouk Hotel Suites Penang menjalankan promosi pembelian awal atau early bird untuk 1000 orang pertama dengan harga RM88 sahaja buat mereka yang membuat tempahan sebelum 21 Februari 2026.

  • Harga Early Bird sebelum 21 Februari 2026 (RM88)
  • Harga Biasa (Dewasa RM98, Kanak Kanak RM45, Warga Emas RM68)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka sekarang di talian +6016 741 5083.

Iconic Marjorie Hotel Penang

Satu lagi hotel di Penang yang akan mengadakan buffet ramadhan pada bulan puasa 2026 adalah Iconic Marjorie Hotel. Buffet ramadhan mereka menyajikan juadah berbuka puasa yang menarik seperti Sambal Sotong Petai Hijau, Kambing Kuzi, kuih muih tradisional dan banyak lagi.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Iconic Marjorie Hotel Penang lengkap dengan senarai harga
credit poster: facebook Iconic Marjorie Hotel Penang

Dalam poster diatas, Iconic Marjorie Hotel sedang menjalankan promosi pembelian terawal dimana korang boleh berbuka puasa dengan harga yang lebih rendah. Promosi tersebut bermula dari 10 Januari 2026 sehingga 10 Februari 2026.

  • Harga Early Bird 10 Januari 2026 sehingga 10 Februari 2026 (RM138+)
  • Harga Biasa (Dewasa RM168+, Kanak Kanak RM88+, Warga Emas RM118+)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka sekarang. 

Amari Spice Penang

Dengan bertemakan Juadah Nostalgia, Amari Spice Penang akan memeriahkan lagi suasana bulan ramadhan 2026. Buat korang yang tinggal di area berdekatan boleh jadikan hotel ini sebagai lokasi berbuka puasa nanti. 

Poster Buffet ramadhan 2026 di Amari Spice Penang dengan senarai harga
credit poster: instagram Amari Spice Penang

Buffet ramadhan mereka akan bermula pada 20 Februari 2026 sehingga 15 Mac 2026 tetapi tempahan awal boleh dibuat kerana buat masa sekarang mereka sedang menjalankan promosi pembelian awal dimana korang hanya perlu bayar RM158 sahaja.

  • Harga Early Bird tempahan dengan bayaran penuh sebelum 18 Januari 2026  (RM158)
  • Harga Biasa (Dewasa RM188, Kanak Kanak RM118, Warga Emas RM148)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Amari Spice Penang sekarang di talian +6012 9956 1030. 

Terbaru Lebih lama