Buffet ramadhan adalah antara yang dinantikan apabila bulan puasa tiba. Untuk pengetahuan semua, tarikh mula berpuasa untuk umat islam di Malaysia akan jatuh pada hari khamis, 19 februari 2026 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1447 Hijrah. Sepanjang bulan tersebut, kita akan dimeriahkan dengan pelbagai pakej buffet ramadhan 2026 yang menarik dan best daripada hotel, restoran dan event hall.
Jadi, aku mengambil peluang ini untuk berkongsi tentang senarai lokasi dan harga buffet ramadhan 2026 khas buat korang yang tinggal di Selangor dan kawasan sekitar. Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan korang membuat pilihan tempat berbuka puasa atau iftar dengan baik mengikut bajet dan selera masing masing.
Senarai Lokasi Dan Harga Buffet Ramadhan 2026 Di Selangor
| Lokasi | Early Bird | Dewasa | Kanak-Kanak | Warga Emas |
|---|---|---|---|---|
| Tenera Hotel and Suites Bangi | 1 Nov - 31 Dec 2025 RM98+ |
RM148+ | RM78+ | - |
| Geno Hotel Shah Alm | Sehingga 18 Feb 2026 RM120 *Terhad untuk 2000 tempahan awal sahaja |
RM140 | RM80 | RM80 |
| Nexus Space Hillpark Puncak Alam | Sehingga 18 Feb 2026 Dewasa RM65 Kanak Kanak RM35 Warga Emas RM50 |
RM79 | RM45 | RM69 |
| Pegasus Hotel (IDCC Shah Alam) | Early booking Buy 10 pax, get 1 pax FREE |
RM80 | RM55 | RM65 |
| Royale Chulan Damansara | Now until 20 Feb 2026 RM158 |
RM188 | RM98 | RM158 |
Tenera Hotel and Suites Bangi
Buat korang yang tinggal di area bangi boleh mula buat tempahan di Tenera Hotel and Suites untuk buffet ramadhan untuk tahun 2026. Hotel yang menarik ini berada berdekatan dengan KIPMall Bangi, kalau korang bercadang untuk berbuka dekat Tenera, boleh lepak dekat situ dulu dan terus ke hotel untuk berbuka puasa.
Menurut poster yang dikongsikan di instagram mereka, promosi Early Bird sudah pun tamat tetapi korang masih lagi boleh membuat tempahan untuk harga normal yang mereka tawarkan.
- Harga Early Bird (RM98+)
- Harga Biasa (Dewasa RM148+, Kanak Kanak RM78+, Warga Emas RM134)
Sekiranya korang yang berminat untuk membuat tempahan dengan harga biasa boleh hubungi mereka di talian +603 8929 9600. Untuk pengetahuan semua, buffet ramadhan di Tenera Hotel and Suites akan bermula dari 20 Februari 2026 sehingga 18 Mac 2026.
Geno Hotel Shah Alam
Nak berbuka puasa di area Shah Alam tapi tak tahu nak tempah dekat mana? Korang boleh usha Geno Hotel ini sebab pada tahun 2026 dorang akan mengadakan buffet ramadhan bertemakan Citarasa Warisan bermula 21 februari 2026 sehingga 18 mac 2026.
Menurut poster yang dikongsikan di instagram mereka, promosi Early Bird masih lagi berlangsung sehingga 18 februari 2026 terhad kepada 2000 tempahan sahaja dimana korang boleh mendapatkan tempat dengan harga yang lebih murah. Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan oleh mereka.
- Harga Early Bird sehingga 21 februari 2026 (RM120)
- Harga Biasa (Dewasa RM140, Kanak Kanak RM80, Warga Emas RM80)
Sekiranya korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka di talian +603 5033 6666 atau boleh whatsapp sahaja menggunakan nombor +6012-5033961.
Nexus Space Hillpark Puncak Alam
Buat korang yang tinggal berdekatan dengan Hillpark boleh cuba hidangan berbuka puasa yang sangat murah dari Nexus Space Hillpark Puncak Alam. Pada bulan puasa tahun 2026 mereka akan mengadakan buffet ramadhan dengan konsep Iftar 4 Darjat, Satu Meja 4 Budaya!.
Menurut poster yang dikongsikan, promosi Early Bird sedang rancak diadakan sehingga 18 februari 2026 sahaja dimana korang boleh mendapatkan tempat dengan harga yang lebih murah. Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan oleh mereka.
- Harga Early Bird sehingga 18 februari 2026 (Dewasa RM65, Kanak Kanak RM35, Warga Emas RM50)
- Harga Biasa (Dewasa RM79, Kanak Kanak RM35, Warga Emas RM50)
Sekiranya korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka yang berkenaan menerusi nombor yang telah disediakan dalam poster diatas.
Pegasus Hotel (IDCC Shah Alam)
Pegasus Hotel (IDCC Shah Alam) merupakan salah satu hotel di area Shah Alam yang mengadakan buffet ramadhan 2026 dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi, kalau korang berminat nak cuba buffet ramadhan dengan harga dibawah RM100 boleh buat tempahan dekat sini.
Menurut poster yang dikongsikan, tempahan awal untuk 10 pax, korang dapat satu pax secara percuma dan ianya hanya untuk tempahan sebelum 20 januari 2026 dan sekiranya korang merupakan IDCC tenant, diskaun sebanyak 10 percent akan diberikan.
- Tempahan awal sebelum 20 Januari 2026 (Beli 10 pax percuma 1 pax)
- Harga Biasa (Dewasa RM80, Kanak Kanak RM55, Warga Emas RM65)
Sekiranya korang ingin mendapatkan maklumat lain berkaitan dengan buffet ramadhan atau berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka ditalian +603 5036 8888.
Royale Chulan Damansara
Berdekatan dengan The Curve ada dua hotel yang korang boleh cuba untuk berbuka puasa dan salah satunya adalah Royale Chulan Damansara. Hotel ini akan mengadakan buffet ramadhan 2026 dengan tema Warna Rasa yang menghidangkan lebih dari 200 jenis hidangan.
Royale Chulan Damansara akan mengadakan buffet ramadhan bermula 23 februari 2026 sehingga 18 mac 2026 dan menawarkan harga early bird kepada pelanggan yang membuat tempahan awal. Boleh semak harga berikut seperti yang tertera.
- Tempahan awal bermula 15 Disember 2026 - 20 Februari 2026 (RM158)
- Harga Biasa (Dewasa RM188, Kanak Kanak RM98, Warga Emas RM158)
Sekiranya korang ingin mendapatkan maklumat lain berkaitan dengan buffet ramadhan atau berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka ditalian +603 7959 9000.
