16 Watak Superhero Di Malaysia! Nombor 2 Paling Terkini!

16 Watak Superhero Malaysia Yang Ramai Tidak Orang Tahu! | Beberapa hari yang lepas Aku ada kongsikan tentang sebuah drama Superhero baru yang akan dityangkan di Channel Astro Ceria dan menariknya selepas mencari informasi tentang drama superhero tersebut, Aku dapati negara Kita Malaysia mempunyai banyak watak superhero sejak dari dahulu lagi tetapi mungkin jarang didengari oleh orang ramai.

gambar Superhero Malaysia

Watak Superhero Malaysia didatangkan dalam versi animasi dan juga real life action tapi untuk kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang 16 watak Superhero Malaysia versi Real Life Action sahaja. Sekiranya korang berminat, aku akan kongsikan senarai superhero Malaysia versi animasi dalam artikel akan datang.

16 Watak Superhero Malaysia Yang Tidak Ramai Orang Tahu!

Berikut adalah senarai watak superhero yang ada Malaysia. Mungkin ramai diantara pembaca blog luqman zakaria tidak tahu terutama sekali korang yang lahir pada tahun 2000 dan ke atas. Kalau korang anak anak 80an dan 90an pasti akan mengenali beberapa watak superhero yang aku senaraikan ini.

16. Chempiang

Menurut sumber yang aku jumpa, Chempiang adalah watak superhero yang diadaptasi dari komik tempatan dan dijadikan sebagai drama bersiri di kaca Televisyen. Aku tak pasti apa kekuatan yang dimiliki oleh Chempiang! Kalau ada penonton yang pernah menonton siri tv Chempiang sewaktu disiarkan dahulu boleh kongsikan di ruang komen.

Gambar Superhero Chempiang

Watak superhero Chempiang wujud pada tahun 90an menerusi drama superhero dengan tajuk yang sama dan watak ini dipegang oleh seorang pelakon yang bernama Noor Aminudin.

15. Atoi The Ajaib Boy

Atoi The Ajaib Boy adalah watak superhero yang diperkenalkan melalui sebuah filem superhero bergenre komedi tertajuk KAPOWW atau juga dipanggil sebagai Kesatuan Antarabangsa Peringkat Olimpik Wira Wira. Atoi sebenarnya adalah seorang remaja biasa Sahaja tetapi telah mendapat kuasa luar biasa akibat dipanah petir sewaktu mencari haiwan peliharaannya yang hilang. 

Gambar Watak Superhero Atoi The Ajaib Boy KAPOWW

Selepas sedar dari panahan petir Atoi mendapatkan kuasa adiwira yang boleh mengeluarkan petir dengan tangannya, mampu bergerak pantas dan boleh mendengar dari jarak yang jauh. Watak superhero Atoi The Ajaib Boy diwujudkan pada tahun 2010 dan ianya dibawakan oleh pelakon dan pelawak popular di Malaysia iaitu Zizan Razak.

14. Pepaya

Pepaya adalah watak superhero yang diinspirasikan dari  animasi dari luar negara iaitu Popeye. Popeye mendapatkan kekuatannya dari memakan bayam tetapi papaya pula mendapatkan kekuatannya dari buah betik. 

Watak Superhero Pepaya

Watak superhero ini popular pada tahun 2008 dan 2009 menerusi drama bersiri Pepaya yang telah Berjaya ditayangkan selama dua musim. Watak Pepaya dibawakan oleh pelakon dan pelawak Malaysia, Zul Yahya.

13. Bionik

Watak superhero nombor 13 ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton kerana berjaya disiarkan selama dua musim. Bionik adalah superhero yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Dia mampu untuk mendengar dari jarak jauh dan boleh melihat objek dalam keadaan gelap gelita.

Gambar Watak Superhero Bionik

Watak superhero bionik wujud disebabkan oleh seorang saintis yang menjalankan ujikaji terhadap anaknya yang terlibat dengan kemalangan ngeri. Sebagai saintis yang mengetuai projek biogenetic dan organ gantian, Dia Berjaya menyelamatkan anaknya. Dengan menggunakan kekuatan yang ada, Nik atau Bionik menggunakan kekuatan tersebut untuk melawan jenayah dan kejahatan. 

2009 adalah tahun dimana watak superhero Bionik mula diperkenalkan menerusi drama bersiri Bionik dan ianya dilakonkan oleh pelakon Malaysia Kamal Adli.

12. Antoo Fighter

Antoo Fighter adalah watak superhero yang menentang Jembalang! Menurut filem Antoo Fighter yang Heeburan tonton. Penentang jembalang telah wujud dari awal kewujudan dunia lagi dan setiap 60 tahun akan ada 5 orang istimewa yang terpilih untuk menjadi penentang jembalang. 

Gambar Watak Superhero Antoo Fighter

Dalam filem Antoo Fighter, Geng geng ini menentang hantu hantu zaman dahulu yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy. Lima watak superhero yang wujud dalam filem Antoo Fighter adalah Radhi OAG, Scha Alyahya, Blont Palarae, Nurfalzin Azmi dan Bell Ngasri

11. Wira Waja

Korang pernah ke dengar tentang superhero nombor Sebelas nih? Wira Waja adalah superhero yang berkonsepkan Cyborg. Watak Superhero Wira Waja wujud selepas ejen Elite Bernama Razif disuntik solusi nano menyebabkan dia bertukar menjadi Cyborg yang didatangkan Bersama Suit Bio. Menerusi telemovie Wira Waja, Superhero ini menentang musuh yang dikenali dengan nama Kerambit Merah.

gambar Watak Superhero Wira Waja

Watak superhero Wira Waja wujud pada tahun 2010 dimana ianya diperkenalkan menerusi sebuah telemovie bertajuk Wira Waja di Astro Prima dan Ceria. Pelakon yang memegang watak superhero Wira Waja adalah Lash Mokhtar.

10. Satria Mega

Bila tengok Satria mega ini rasa seperti tengok superhero dari negara jepun kan! Dengan kostumnya yang Nampak hebat dan cool. Superhero Satria Mega ini sebenarnya berasal dari planet lain dan datang ke bumi untuk menentang  Putera sandora dan pengikutnya.

Gambar Watak Superhero Satria Mega

Kekuatan Satria Mega sangat terhad di bumi. Jadi dia perlu bergabung dengan penduduk bumi Bernama Azam untuk mengembalikan kuasanya. Dari situlah bermulanya Satria Mega bekerjasama menentang kejahatan.

Satria Mega adalah watak superhero yang wujud pada tahun 2011 menerusi drama Satria Mega yang disiarkan di RTM. Watak Satria Mega dipegang oleh pelakon Malaysia Hairi Safwan.

9. Haq

Haq adalah satu watak yang aku terlupa pernah wujud pada tahun 2011. Haq adalah seorang Individu yang dianugerahkan kelebihan kuasa. Kuasa tersebut diwarisi oleh bapanya. Aku sebenarnya tak pasti samada Haq ini perlu dimasukkan dalam list atau pun tidak kerana Vibes superhero kurang bagi pandangan aku. 

gambar Superhero Haq

Ceritanya pun tidak seperti superhero movie tetapi sekiranya watak Haq dikembangkan, mungkin boleh dijadikan satu lagi watak supehero yang menarik di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, watak Haq dilakonkan oleh Zul Huzaimy.

8. Supermak

Dari Nama Sahaja kita boleh agak ianya adalah Superhero yang berkonsepkan komedi dan yang menariknya Supermak adalah satu satunya watak Superhero Wanita dalam list aku. Supermak adalah seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai kekuatan dan kelajuan superhero

gambar Superhero Supermak

Kuasa tersebut telah diwarisi dari nenek moyangnya yang berasal dari kepulaun riau. Sejarah Keturunan Supermak ini kalau dibaca sebenarnya sangat menarik. Kalau ada producer diluar filemkan drama ini dengan genre dan konsep yang beza mungkin ianya boleh menjadi lebih menarik untuk ditonton. 

Watak Supermak juga adalah superhero yang diperkenalkan pada tahun 2011 menerusi drama aksi komedi TV3 yang menampilkan Nasha Aziz sebagai Supermak!

7. Kaber

Di Malaysia ini banyak superhero yang berkonsepkan komedi. Betul tak korang? Ini satu lagi Watak Superhero yang dikenali dengan nama Kaber yang diperkenalkan dalam drama bersiri Kaber hero Kaber Zero pada tahun 2007. 

gambar Kaber Hero Kaber Zero

Kaber adalah seorang penyiasat persendirian yang mendapat kuasa akibat dari renjatan eletrik dimana kaber mampu berlari dengan pantas dan melompat dari bangunan ke bangunan lain. Dengan kekuatan yang ada untuk menyelamatkan orang lain.

Watak Kaber yang merupakan penyiasat persendirian dilakon oleh pelakon dan pelawak Zul Yahya. Orang yang sama melakonkan watak superhero Pepaya pada tahun 2008.

6. Mantera

Jentera Manusia atau nama singkatnya adalah Mantera adalah superhero yang wujud pada tahun 2012. Mantera asalnya adalah senjata rahsia yang dihasilkan oleh Syarikat Waston Tech tetapi berlaku kejadian tidak diingini dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT Malaysia Bernama Azman. 

Gambar Superhero Mantera

Dengan bantuan rakannya, Azman membina semula Mantera menjadi motosikal berkuasa besar tanpa menyedari ianya boleh menjadi baju perisai robotic dengan kekuatan dan kepantasan luar biasa.
 
Watak superhero Mantera dibawakan oleh pelakon dan penyanyi Malaysia, Tomok. By the way, korang pernah tak tengok filem Mantera ini? Waktu filem ini keluar aku tak tahu pun kewujudan dia. Kalau pernah boleh tak kongsikan dengan semua di bahagian komen.

5. Cyber SWAT

Menurut Sumber yang Heeburan cari, Cyber SWAT adalah satu Skuad khas yang wujud pada masa hadapan yang menghadapi ancaman pengganas yang diketuai oleh Fernandez Carlos. Kehebatan Skuad ini boleh ditonton menerusi drama bersiri Armour X yang diterbitkan pada tahun 2005.

gambar Superhero Armour X

Antara pelakon yang terlibat dalam drama bersiri Armour X ini adalah Mohd Razib, Syean, Daup Singh, Ezany Nizariff, Elaine Pedley, Esma Daniel ramai lagi.

4. Badang

Watak lagenda Badang yang menjadi kuat akibat memakan muntah jin sememang terkenal dan diketahui ramai sejak dulu lagi tapi badang versi real life action ini berbeza sedikit kerana kekuatannya diperolehi dari buluh.

Gambar Superhero Badang

Watak superhero Badang real life action ini diperkenalkan pada tahun 2018 menerusi filem Badang yang dilakonkan oleh Dato' Sri Aliff Syukri. Sejujurnya aku sendiri pun tak pernah tengok filem ini. Korang tengok tak?

3. Ryujin Juwara

Nama Superhero pun dah macam jepun kan? Mana tidaknya, Ryujin Juwara adalah Superhero yang diadaptasikan dari siri Tokutsu Jepun, Ryujin Mabuyer. Ianya adalah Kerjasama antara Syarikat produksi Malaysia dan Jepun.

Gambar Ryujin Juwara

Macam mana agaknya seorang remaja boleh menjadi superhero Ryujin Juwara? Kejadian kehilangan batu Mabui disebuah kampung menyebabkan Aki Manang yang merupakan Pertapa telah menghantar pari pari bunga raya untuk mencari orang yang ditakdirkan untuk menjadi Ryujin Juwara dengan misi  merampas Kembali batu mabui. Nak dijadikan cerita, seorang pemuda kampung tersebut yang Bernama Andil telah dipilih menjadi Ryujin Juwaradan dia bergabung tenaga dengan Ryujin lain untuk meneruskan pengembaraannya.

Watak superhero Ryujin Juwara dihasilkan pada tahun 2014 menerusi drama bersiri Ryujin Juwara yang ditayangkan di TV3. Ryujin Juwara dilakonkan oleh Iedil Putra.

2. Kapten Gemilang

Kapten Gemilang adalah watak superhero baru yang diperkenalkan dalam drama bersiri Super Wira yang akan didatangkan di Astro Ceria bermula 23 Oktober 2023 akan datang. Menerusi Trailer yang dikongsikan, salah satu kuasa Kapten Gemilang adalah Kepantasan.

Gambar Superhero Kapten Gemilang

Pada pendapat aku rekaan custome dia nampak menarik dan ada ciri ciri kemelayuan dekat situ kan tapi expectation tidak tinggi kerana ianya adalah drama bersiri yang ditayangkan di Astro Ceria dimana saluran tersebut adalah untuk kanak kanak. Seperti yang korang tengok dalam gambar, watak superhero Kapten Gemilang dilakonkan oleh Beto Kusyairy.

1. Cicakman

Superhero yang popular dan dikenali ramai sejak tahun 2006 lagi adalah Cicakman. Superhero ini mempunyai kekuatan seperti seekor cicak apabila secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji makmal. Antara kelebihan cicakman adalah memanjat dincing, luka yang cepat sembuh dan boleh menggunakan lidahnya yang Panjang untuk melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.

Gambar Superhero Cicakman

Kejayaan Cicakman ini memang tak boleh dinafikan lagi apabila mereka berjaya menghasilkan tiga filem cicakman dan ianya mendapat sambutan yang baik. Watak superhero Cicakman dibawakan oleh Saiful Apek untuk Cicakman 1 dan 2 manakala untuk Cicakman 3 pula dilakonkan oleh Zizan Razak.

Banyak rupanya superhero dekat Malaysia ini kan tapi kebanyakannya lebih kepada genre Komedi. Kalau buat yang lebih serious mungkin agak sukar kerana semuanya perlu dititikberatkan dari segi custom dan lain lain supaya nampak lebih realitistik dan believable. Untuk dapatkan semua itu memerlukan bajet dan skills yang tinggi. Apa pun terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini! Kita Jumpa lagi dalam artikel akan datang!



Terbaru Lebih lama