Super Nabil Dan Lu Pikir La, Nabil Adalah Siri Animasi Nabil Ahmad?

Super Nabil Dan Lu Pikir La, Nabil Adalah Siri Animasi Nabil Ahmad? | Korang tahu tak pada tahun 80an dan 90an ada beberapa siri animasi Malaysia yang diminati ramai contohnya Kampung boy, Usop Santorian, Anak anak Sidek dan banyak lagi. Tahun berganti tahun semakin banyak animasi yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan!

Poster Siri Animasi Nabil Ahmad Super Nabil Dan Lu Pikir La Nabil

Siri Animasi terbaru yang adik adik boleh tonton adalah siri animasi Super Nabil dan Lu Pikir La Nabil! Macam pernah dengar kan nama tuh! Kalau korang nak tahu, Siri animasi Super Nabil adalah hasil ciptaan pelawak, pelakon dan pengacara TV yang dikenali ramai Iaitu Nabil Ahmad.

Macam Mana agaknya Nabil Ahmad terfikir untuk menghasilkan siri animasi?

Selebriti kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menerbitkan siri animasi sendiri. Menurut Nabil Ahmad, Impian untuk mengeluarkan animasi adalah disebabkan oleh filem Mat Gelap yang dilakonkan oleh Imuda. 

Terdapat satu babak dalam filem tersebut menunjukkan karakternya bertukar menjadi kartun. Dari situlah Nabil terfikir untuk menerbitkan siri animasi sendiri yang menceritakan kisah zaman kanak kanaknya.

Impian Menjadi kenyataan!

Itulah satu ungkapan yang boleh dikongsikan dengan korang kerana Impian Nabil Ahmad sudah pun tercapai pada 14 Oktober 2021 dimana animasinya telah pun ditayangkan menerusi channel youtube meletop yang berdurasi kurang lebih 4 minit sebanyak 4 episod.

poster Siri Animasi Lu Pikir La Nabil

Siri animasi tersebut dikenali dengan nama Lu Pikir La, Nabil. Siri ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Nabil yang penuh dengan angan-angan. Menerusi siri ini juga korang dapat melihat kisa persahabatan dan kekalutan orang kampung.

Siri animasi pendek yang menggunakan loghat Negeri sembilan ini Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat positif dari menonton sejak ianya dimuatnaik.

Pada 12 Mac 2022 pula, siri animasi Lu Fikir La, Nabil telah berjaya ditayangkan di Kaca TV menerusi saluran Astro Ceria. Selepas itu, bermula 7 April 2022, siri animasi Lu Fikir La, Nabil untuk musim kedua pula ditayangkan.

Poster Siri Animasi Lu Pikir La Nabil

Kejayaan Siri animasi Nabil Ahmad tidak berakhir disitu kerana pada tahun 2023, Nabil Ahmad menghasilkan siri animasi Super Nabil. Masih berkisarkan tentang zaman kanak kanaknya tetapi kali ini Nabil menyertai pertandingan Super Jaguh Kampung Bersama kawan kawan dan dibantu kucing misteri bernama Piah.


Menariknya Animasi Super Nabil ini, ianya mengenengahkan permainan tradisional kanak kanak seperti bola beracun dan Konda kondi. Sangat bagus untuk kanak kanak zaman sekarang yang mungkin sudah tidak mengenali permainan tradisional yang menjadi aktiviti wajib kita suatu ketika dahulu.

Siri animasi Super Nabil sudah pun ditayangkan menerusi saluran Astro Ceria pada bulan Ogos 2023 yang lepas dan sewaktu artikel ini dikongsikan masih berbaki beberapa episode lagi untuk ditonton. Jadi, buat korang yang belum menonton bolehlah mulakan dari sekarang!

Poster Super Nabil Siri Animasi Baru Astro Ceria

Aku harap siri animasi ini akan diterima baik oleh penonton dan Berjaya melebarkan sayapnya ke negara lain suatu hari nanti. Berikut adalah serba sedikit informasi tentang siri animasi hasil tangan selebriti Malaysia, Nabil Ahmad. Terima kasih kerana menonton. Kita jumpa lagi dalam artikel akan datang.

Terbaru Lebih lama