Jom amalkan Clenx Tea dan Green Tea untuk Kurus dan Sihat

Jom amalkan Clenx Tea dan Green Tea untuk Kurus dan Sihat | Nak kurus dan sihat tapi langsung tak ambil apa apa inisiatif. itulah aku. Sebelum ini mana pernah nak ambil tahu tentang produk kesihatan lebih lebih lagi pasal green tea dan clenx tea yang aku nak kongsi untuk entry kali ini. 

Kesedaran untuk mengamalkan Clenx tea dan green tea datang bila aku mengalami satu pengalaman ngeri yang tak dapat nak diungkap dengan kata kata..gituh tapi tak adalah ngeri sangat pon.haha. Kalau nak tahu apa sebabnya korang semua boleh singgah baca entry Oh My Size

Sebelum aku merepek dan melalut yang bukan bukan baik kita kembali pada tujuan utama entry ini. First, jom tengok apa kebaikan Clenx Tea untuk badan kita.

  • Mengurangkan berat badan atau mengekalkan bentuk badan yang ideal
  • Mengalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit
  • Meningkatkan keupayaan organ organ detoksifikasi
  • Menguatkan Sistem imunisasi


Aku nak kongsikan serba sedikit pengalaman aku dengan Clenx tea. As i said sebelum ini aku tak pernah fikir pon untuk amalkan minuman macam nih dan tak pernah ambil tahu pon apa kebaikan yang aku akan dapat kalau minum Clenx Tea. 


Dalam entry sebelum ini, aku pernah bagitahu yang aku berniat untuk kuruskan badan. Selain Jogging dan kawal cara pemakanan, aku cuba untuk minum dan mengamalkan Clenx Tea ini 1 hingga 2 kali seminggu . Masa beli tuh excited nak try nih tapi sekali bancuh..hmmm..semerbak bau dia. kembang kempis hidung ini nak habiskan satu cawan.


Clenx Tea disediakan dalam bentuk Uncang supaya senang untuk kita bancuh dan bawa ke mana mana. Aku biasanya akan minum waktu malam selepas makan malam tapi bergantung pada keadaan jugak. Kenapa? kejap lagi aku cerita kenapa.


Clenx Tea ini kan teh detoks, jadi kalau minum sure korang akan ulang alik pergi toilet dua tiga kali. Macam aku, lepas 7 hingga 8 jam minum baru kesan itu akan datang. Jadi kalau tahu aku akan busy the whole day aku tak akan ambil sebab takutlah kan nanti kerja tak jalan. Sebab itu aku cakap tadi ianya depends pada keadaan. Selain Clenx Tea, aku mengamalkan green tea jugak. Setiap hari selepas makan mesti kena minum sebab green tea ini kebaikannya memang selambak atau dalam erti kata lain banyak giler.

Antara kebaikan Green Tea

  • Menurunkan berat badan
  • Menurunkan Tahap gula dalam darah
  • Mencegah Kanser
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat (LDL)
  • Mencegah Osteoporosis
  • Meningkatkan sistem immun
  • Mencegah keracunan makanan
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
Dan banyak lagi. kalau nak senarai satu satu lenguh jari nak taip. Korang boleh google untuk tahu kelebihan yang lain.hehe. Untuk green tea ini aku masih lagi tengah cari brand yang sesuai dengan tekak aku. Currently using BOH tapi cannot go la.haha. Any suggestion? Last but not least, Jom Kurus dan sihat bersama TEH! tapi jangan lupa exercise jugak untuk kesan yang lebih maximum. lol. Happy blogging semua.
Jom amalkan Clenx Tea dan Green Tea untuk Kurus dan Sihat Jom amalkan Clenx Tea dan Green Tea untuk Kurus dan Sihat Reviewed by Luqman Zakaria on 5/08/2018 10:00:00 am Rating: 5

No comments: