Senarai Buffet Ramadhan 2026 Di Kuala Lumpur (Lokasi dan Harga)

Dikemaskini pada 07 November 2025 oleh Luqman Zakaria.

Setiap kali bulan ramadhan atau bulan puasa kembali, Umat islam yang menyambutnya pasti akan mencari tempat berbuka puasa di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan kawan.

Senarai Lokasi Buffet ramadhan 2026 di Kuala Lumpur
buffet ramadhan 2026 Kuala Lumpur

Artikel ini kali akan berkongsi dengan korang semua tentang lokasi buffet ramadhan 2026 di sekitar Kuala Lumpur yang menyajikan pelbagai jenis hidangan buffet dengan harga yang sangat berpatutan mengikut bajet masing masing.


Menerusi jadual dibawah ini korang boleh lihat sendiri senarai hotel, restoran, cafe dan dewan acara di Kuala Lumpur yang menyediakan pakej buffet ramadhan. Kami juga memberikan informasi harga asal dan harga early bird.

Senarai Buffet Ramadhan 2026 Di Kuala Lumpur

Lokasi Early Bird Adult Kids Senior
Citizen
Kuala Lumpur Tower Hari Biasa
Dewasa
RM125

Warga Emas
RM94

Kanak-Kanak
RM75

Hari Minggu
Dewasa
RM139

Warga Emas
RM104

Kanak-Kanak
RM84
Hari Biasa
RM179

Hari Minggu
RM199
Hari Biasa
RM107

Hari Minggu
RM119
Hari Biasa
RM134

Hari Minggu
RM149
Tamu Hotel & Suites
Kuala Lumpur
1 Jan – 18 Feb 2026
RM110+
RM150+ RM50+ RM70+
Thyme Out AICB 1 Jan - 31 Jan 2026
20% OFF
RM148 RM74 RM128
Alamis City Hotel
Kuala Lumpur
100 Terawal
RM79
RM99 RM49 RM79
Perdana Hotel
Kuala Lumpur City Centre
Now until 15 Feb 2026
RM99
RM129 RM59 RM59
Vivatel Kuala Lumpur 1 Sept 2025 - 18 Feb 2026
Dewasa 
RM88

19 Feb - 25 Feb 2026
Dewasa 
RM98
RM108 RM68 RM78
Ancasa Hotel
Kuala Lumpur
Before 1 Feb 2026
RM88
RM98 RM58 RM78

Kuala Lumpur Tower

Berbuka puasa dengan pemandangan 360° bandaraya Kuala Lumpur adalah satu pengalaman yang ramai nak termasuklah aku sendiri. Salah satu lokasi terbaik untuk iftar 2026 dengan suasana yang best sambil menikmati juadah buffet ramadhan yang menarik adalah Kuala lumpur Tower.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Kuala Lumpur Tower lengkap dengan harga asal, harga early bird dan promosi
credit poster: facebook Kuala Lumpur Tower

Menurut laman facebook Kuala Lumpur Tower Malaysia dan poster yang dikongsikan, promosi Early Bird sedang berlangsung sekarang untuk buffet ramadhan di tempat mereka. Tempahan yang dibuat dari 17 September 2025 sehingga 20 September 2025 akan mendapatkan harga istimewa yang sangat murah dan berbaloi.

  • Harga Early Bird untuk hari biasa (Dewasa RM125, Kanak Kanak RM75, Warga Emas RM94)
  • Harga Early Bird untuk hari minggu (Dewasa RM139, Kanak Kanak RM84, Warga Emas RM104)
  • Harga Biasa untuk hari biasa (Dewasa RM179, Kanak Kanak RM107, Warga Emas RM134)
  • Harga Biasa untuk hari minggu (Dewasa RM199, Kanak Kanak RM119, Warga Emas RM149)

Sewaktu artikel ini dikongsikan, promosi sudah pun tamat tetapi kagi korang yang berminat untuk membuat tempahan dengan harga biasa boleh hubungi mereka di talian +603 2630 3033. Untuk pengetahuan umum, buffet ramadhan di Kuala Lumpur Tower akan bermula dari 20 Februari 2025 sehingga 15 Mac 2025.

Tamu Hotel and Suites Kuala Lumpur

Buat korang yang berada di sekitar kampung baru berminat nak berbuka puasa di hotel boleh cuba buat tempahan di Tamu Hotel and Suites Kuala Lumpur yang kini dengan mempromosikan buffet ramadhan mereka untuk tahun 2026.

Poster buffet ramadhan 2026 di Tamu Hotel and Suites Kuala Lumpur bersama harga asal dan harga early bird
credit poster: instagram Tamu Hotel and Suites Kuala Lumpur

Menerusi posting di instagram mereka, Tamu Hotel and Suites KL akan mengadakan buffet ramadhan 2026 bermula 19 februari 2026 sehingga 20 Mac 2026 bertempat di Suasana@67 dengan tema menarik yang dikenali dengan nama Bazaar D'Awangan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan, masih dibawah RM200.

  • Harga Early Bird untuk Disember 2025 (RM90+)
  • Harga Early Bird untuk 1 januari 2026 hingga 18 februari 2026 (RM110+)
  • Harga Biasa  (Dewasa RM150+, Kanak Kanak RM50+, Warga Emas RM70+)

Harga early bird RM90+ yang dikongsikan menerusi poster sudah pun berakhir tetapi jangan risau sebab korang masih boleh dapatkan harga yang lebih murah sekiranya tempahan dibuat pada bulan januari 2026 bermula sekarang sehingga 18 februari 2026. Hubungi mereka sekarang untuk maklumat lanjut.

Thyme Out AICB

Korang mencari lokasi berbuka puasa yang berada berdekatan dengan komuter? Thyme Out AICB adalah salah satu tempat berbuka puasa yang korang boleh pilih sebab restoren ini berada berdekatan dengan komuter Bank Negara.

Poster buffet ramadhan 2026 di Thyme Out AICB bersama harga dan info penting
credit poster: Instagram Thyme Out AICB

Buffet ramadhan mereka untuk 2026 bertemakan Selera Ibunda yang akan diadakan bermula 21 februari 2026 sehingga 18 Mac 2026 bermula dari jam 6:30 petang sehingga 10:00 malam. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut.

  • Harga Early Bird dari 1-31 Januari 2026 (20% OFF)
  • Harga Biasa (Dewasa RM148, Kanak Kanak RM74, Warga Emas RM128)

Buat tempahan sekarang di talian +603 2602 4200 kalau korang nak dapatkan 20% OFF dari Thyme Out AICB. Korang juga boleh ke social media mereka di instagram @thymeoutaicb untuk dapatkan info berkaitan dengan buffet ramadhan yang bakal mereka adakan nanti. 

Alamis City Kuala Lumpur

Kalau korang sedang mencari tempat berbuka puasa berdekatan area Chow Kit atau Jalan Haji Taib boleh cuba buffet ramadhan yang akan diadakan oleh Alamis City Kuala Lumpur untuk tahun 2026. Buffet Ramadhan mereka untuk tahun ini bertemakan Gerobok Aroma Ramadan Cik Alyaa.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Alamis City Hotel Kuala Lumpur lengkap dengan senarai Harga
credit poster: instagram Alamis City Kuala Lumpur

Buffet ramadhan ini akan berlangsung dari jam 6:30 petang sehingga 9:30 malam bermula pada 23 februari 2026 sehingga 17 mac 2026 bertempat di Sultan Ballroom. Mereka menawarkan harga yang sangat berpatutan dan buat pelanggan yang membuat tempahan awal akan memdapat harga yang lebih murah. 

  • Harga Early Bird  (RM79)
  • Harga Biasa (Dewasa RM99, Kanak Kanak RM49, Warga Emas RM79)

Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan awal atau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan buffet ramadhan di hotel Alamis City Kuala Lumpur boleh hubungi Puan Fatin, Puan Ogys atau Encik Azmi dinombor yang tertera dalam poster.

Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre

Pada tahun 2026, Perdana Hotel Kuala Lumpur akan mengadakan buffet ramadhan bertemakan Iftar Dengan Cita Rasa Tradisi. Jadi, buat korang yang bercadang untuk berbuka puasa di tengah tengah bandar Kuala Lumpur boleh buat tempahan di hotel mewah ini.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre lengkap dengan senarai Harga
credit poster: instagram Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre

Buffet ramadhan di Perdana Hotel Kuala Lumpur akan berlangsung pada 20 februari 2026 sehingga 18 mac 2026 bertempat di 10binjai. Buat tempahan sekarang untuk dapatkan tempat dengan harga yang lebih murah berbanding harga asal.

  • Harga Early Bird bermula sekarang sehingga 15 Februari 2026 (RM99)
  • Harga Biasa (Dewasa RM129, Kanak Kanak RM59, Warga Emas RM59)

Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan buffet ramadhan di Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre boleh hubungi mereka di talian +603 7490 3333.

Vivatel Kuala Lumpur

Kalau korang di area Taman Miharja yang sedang mencari lokasi berbuka puasa yang menawarkan harga buffet ramadhan yang berpatutan boleh buat tempahan dengan Vivatel Kuala Lumpur sekarang kerana mereka menawarkan harga yang cukup menarik sekarang ini. 

Poster Buffet ramadhan 2026 di Vivatel Kuala Lumpur lengkap dengan harga
credit poster: instagram Vivatel Kuala Lumpur

Menerusi poster yang dikongsikan oleh mereka di instagram, terdapat tiga harga berlainan bergantung kepada tarikh tempahan yang korang buat. Kalau korang nak harga yang paling murah boleh boleh tempahan sekarang.

  • Harga Early Bird bermula 01 September 2025 sehingga 18  Februari 2026 (Dewasa RM88, Kanak Kanak RM68, Warga Emas RM78)
  • Harga 1st Week bermula 19 Februari 2026 sehingga 25 February 2026 (Dewasa RM98, Kanak Kanak RM68, Warga Emas RM78)
  • Harga Biasa (Dewasa RM108, Kanak Kanak RM68, Warga Emas RM78)

Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan buffet ramadhan di Vivatel Kuala Lumpur boleh hubungi mereka di talian +612 208 8353 atau +6010 525 4323.

Ancasa Hotel Kuala Lumpur

Pada tahun 2026, Ancasa Hotel Kuala Lumpur kembali memeriahkan bulan puasa dengan mengadakan buffet ramadhan bertemakan Warisan Ancasa. Hidangan berbuka puasa mereka disediakan oleh restoren Saffron Brasserie. 

Poster buffet ramadhan 2026 di Ancasa Hotel Kuala Lumpur termasuk senarai harga
credit poster: instagram Vivatel Kuala Lumpur

Buffet ramadhan Ancasa Hotel Kuala Lumpur akan diadakan bermula 21 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026. Sekarang ini sedang berlangsung promosi dimana korang boleh dapatkan harga yang sangat berpatutan sekiranya membuat tempahan awal.

  • Harga Early Bird sebelum 1 Februari 2026 (RM88)
  • Harga Biasa (Dewasa RM98, Kanak Kanak RM58, Warga Emas RM78)

Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan buffet ramadhan di Ancasa Hotel Kuala Lumpur boleh hubungi mereka di talian +603 2026 6060.

Terbaru Lebih lama