Artikel dikemaskini pada 07 November 2025 oleh Luqman Zakaria
Umat islam yang tinggal di Malaysia termasuklah negeri Kelantan dijangka akan menyambut bulan puasa bermula pada hari khamis, 16 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadan 1447 Hijrah. Sama seperti negeri lain, Kelantan juga akan dimeriahkan dengan pelbagai pilihan buffet ramadhan yang menarik untuk dicuba.
Buffet ramadhan 2026 di Kelantan akan berlangsung di beberapa lokasi seperti hotel, restoran dan juga cafe. Antara hotel di negeri kelantan yang menjadi tumpuan untuk berbuka puasa dengan juadah yang menarik adalah Perdana Kota Bharu dan Ibis Style Kota Bharu.
Selain itu, hotel lain seperti Jewels Hotel Kota Bharu dan Grand Riverview juga tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis berbuka puasa. Korang boleh rujuk jadual dibawah untuk senarai penuh lokasi buffet ramadhan di Kelantan.
Senarai Buffet Ramadhan 2025 di Negeri Kelantan
| Lokasi | Early Bird | Dewasa | Kanak-Kanak | Warga Emas |
|---|---|---|---|---|
| Crown Garden Hotel Kota Bharu | Book & Pay before 12 Feb 2026 RM70 |
RM85 | RM45 | RM65 |
| Grand Riverview Hotel Kota Bharu | Book & Pay before 12 Feb 2026 Dewasa RM79 Kanak Kanak RM39.50 |
RM99 | RM49.50 | RM59 |
| Ibis Style Kota Bharu | Pembelian awal sebelum 18 Feb 2026 RM59 |
RM79 | RM59 | RM49 |
| Perdana Hotel Kota Bharu | Pembelian awal sebelum 10 Feb 2026 RM99 |
RM118 | - | - |
| H Elite Design Hotel Kota Bharu | - | RM78 | RM30 | RM68 |
Crown Garden Hotel Kota Bharu
Bertemakan Kenangan Indah Ramadhan Buffet, Crown Garden Hotel Kota Bharu kembali memeriahkan bulan puasa untuk tahun 2026. Buat korang yang sedang mencari lokasi buffet ramadhan di Kota Bharu boleh jadikan hotel ini sebagai salah satu pilihan.
Menerusi perkongsian mereka di instagram, buffet ramadhan ini akan diadakan bermula 22 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan buat pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum 12 Februari akan mendapat tempat dengan bayaran lebih murah berbanding harga asal.
- Harga Early Bird tempahan sebelum 12 Februari 2026 (Dewasa RM70)
- Harga Biasa (Dewasa RM85, Kanak Kanak RM45, Warga Emas RM65)
Sewaktu artikel ini dikongsikan, promosi masih lagi berlangsung. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka di talian +609 743 2228.
Grand Riverview Hotel Kota Bharu
Satu lagi lokasi berbuka puasa di Kota Bharu yang korang boleh pilih adalah Grand Riverview Hotel yang akan mengadakan buffet ramadhan bertemakan Citarasa Muhibbah bertempat di Restoren D'brasserie.
Menerusi perkongsian mereka di instagram, buffet ramadhan ini akan diadakan bermula 20 Februari 2026 sehingga 20 Mac 2026. Harga promosi juga sedang berlangsung dimana pelanggan boleh mendapatkan tempat dengan harga lebih murah sekiranya membuat tempahan awal.
- Harga Early Bird tempahan sebelum 12 Februari 2026 (Dewasa RM79, Kanak Kanak RM39.50)
- Harga Biasa (Dewasa RM99, Kanak Kanak RM49.50, Warga Emas RM59)
Sewaktu artikel ini dikongsikan, promosi masih lagi berlangsung. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka di talian +609 743 9988.
Ibis Style Hotel Kota Bharu
The Laman by Ibis Style yang terletak di Ibis Style Hotel Kota Bharu akan mengadakan buffet ramadhan 2026 bertemakan Kuali Ramadan dimana mereka akan menyediakan pelbagai jenis hidangan yang sangat menyelerakan.
Buffet ramadhan di hotel ini akan diadakan bermula 20 Februari 2026 sehingga 20 Mac 2026 dari jam 6:30 petang sehingga 10:30 malam. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dibawah RM100 tetapi korang masih berpeluang untuk dapatkan tempat dengan harga lebih rendah sekiranya tempaha dibuat sebelum 18 Februari 2026.
- Harga Early Bird tempahan sebelum 18 Februari 2026 (Dewasa RM59)
- Harga Biasa (Dewasa RM79, Kanak Kanak RM49, Warga Emas RM59)
Sewaktu artikel ini dikongsikan, promosi masih lagi berlangsung. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka di talian +609 740 8000.
Perdana Hotel Kota Bharu
Pada bulan puasa tahun 2026, Perdana Hotel Kota Bharu akan mengadakan buffet ramadhan di restoren mereka Cerana dengan tema Souq Ramadan Warna Warni. Bila agaknya buffet ramadhan di Perdana Hotel KB akan berlangsung?
Menurut poster yang dikongsikan oleh mereka di lnstagram, Buffet ini akan bermula pada 20 Februari 2026 sehingga 20 Mac 2026. Sekarang masih lagi berlangsung harga promosi buat pelanggan yang membuat tempahan awal.
- Harga Early Bird tempahan sebelum 10 Februari 2026 (RM99)
- Harga Biasa (RM118)
Sewaktu artikel ini dikongsikan, promosi masih lagi berlangsung. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka di talian +609 745 8888.
H Elite Design Hotel Kota Bharu
Buat korang yang bercadang untuk membeli belah di Mydin Tunjong pada bulan puasa nanti dan mencari tempat berbuka puasa yang berdekatan boleh buat tempahan di H Elite Design Hotel kerana sempena bulan puasa nanti mereka akan mengadakan buffet ramadhan bertemakan Baba Nyonya.
Menerusi perkongsian di instagram, buffet ramadhan di hotel ini akan diadakan bermula 21 Februari 2026 sehingga 18 Mac 2026. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan buat pelanggan yang ingin mendapatkan harga promosi boleh follow social media mereka.
- Harga Early Bird tempahan dikongsikan menerusi LIVE.
- Harga Biasa (Dewasa RM78, Kanak Kanak RM30, Warga Emas RM68)
Buat korang yang berminat untuk berbuka puasa di H Elite Design Hotel boleh hubungi mereka ditalian +609 740 5757 untuk membuat tempahan atau dapatkan informasi lain yang berkaitan.