Pakai The Amin Cap Buat Pertama Kali, Berbaloi Ke Tak?

Usia The Amin Cap sekarang ini sudah mencecah dua tahun. Masih baru menurut pandangan aku tetapi Alhamdulillah kalau dilihat dari segi sambutan pelanggan agak menggalakkan. Pernah lalu dekat FYP Tiktok aku tapi tak pernah terfikir langsung dalam kepala nak dapatkan atau beli topi dengan dorang.

Kenapa aku ended up guna topi dari TAC (The Amin Cap)?

To cut the story short, abang ipar yang hadiahkan topi dari TAC untuk aku. Initially nak buat suprise tapi disebabkan takut beli tak kena dengan selera, dia suruh aku jer pilih jenis topi, warna dan nama apa yang aku nak letak dekat topi.

Letak nama dekat topi?

Yes, kalau beli topi dengan TAC ini, korang boleh custom embroidary nama korang dekat tepi topi which is quite cool i guess. Walau pun it was not something new in the market but still la kan.

Pengalaman Pakai Topi Brand Lokal The Amin Cap

My first impression towards the packaging obviously rasa berbaloi sebab it was nicely done. TAC ini didatangkan dalam kotak yang cantik siap ada lanyard percuma lagi.

Kalau nak cakap pasal kualiti, personally aku memang sangat sangat suka. In terms of design yang aku pilih nama dia A-Frame. The reason why aku pilih yang ini sebab dia tak crowded. A very simple cap yang plain cuma ada A dekat depan yang represents Amin (I think so kalau salah maaflah ya).

The Amin Cap Grey Colour Snapback Ash
A Frame Snapback Ash

Untuk warna pula, aku memang suka warna grey dan combination dengan warna lagi satu which i have no idea tuh colour apa, could be burgundy atau maroon.

The Amin Cap Name Embroidary
A Frame Snapback Ash

Satu lagi aku nak highlight adalah tentang embroidary. It was nicely done. Sangat kemas dan cantik. Nama yang dorang sulam dekat tepi topi tuh pun sangat cantik. I would wanna explore design lain pula in the future kalau ada rezeki sebab overall aku puas hati dengan topi yang aku pakai sekarang.

Terbaru Lebih lama