Bila masuk bulan ramadhan sahaja ramai yang teruja untuk berbuka puasa dekat restoren atau hotel bersama keluarga dan kawan kawan. Jadi, untuk artikel ini aku akan kongsikan senarai lokasi dan harga buffet ramadhan 2026 khas buat warga negeri Melaka dan mereka yang akan berada di sana sepanjang bulan ramadhan.
Tak sabar rasanya nak sambut bulan ramadhan untuk tahun 2026. Untuk pengetahuan semua, bulan ramadhan pada tahun 2026 akan jatuh pada hari khamis, 19 februari 2026 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1447 Hijrah.
Buat mereka yang tinggal di tempat lain jangan risau sebab aku juga ada kongsikan senarai buffet ramadhan di beberapa negeri lain. Korang boleh semak senarai tersebut mengikut negeri masing masing.
Senarai Buffet Ramadhan Di Melaka Tahun 2026
Dalam jadual dibawah aku kongsikan tempat berbuka puasa yang menyediakan pakej berbuka puasa di negeri Melaka. Korang boleh semak harga asal dan juga harga early bird. Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan warga Melaka memilih lokasi buffet ramdhan mengikut bajet dan selera masing masing.
| Lokasi | Early Bird | Dewasa | Kanak-Kanak | Warga Emas |
|---|---|---|---|---|
| Hatten Hotel Melaka | Sebelum 31 Jan 2026 RM108* |
RM138+ | RM48+ | - |
| Holiday Inn Melaka | Sebelum 18 Feb 2026 RM98 |
RM128 | RM68 | RM88 |
| MITC Hotel Melaka | 01 Jan 2026 - 18 Feb 2026 RM78+ |
RM118+ | RM48+ | - |
| Parkroyal A Famosa Resort Melaka | sehingga 31 Jan 2026 Dewasa RM100 Kanak Kanak RM60 Warga Emas RM60 |
RM128 | RM85 | RM85 |
Hatten Hotel Melaka
Buat korang yang sedang mencari tempat berbuka puasa berdekatan dengan area dataran, boleh buat tempahan dengan Hatten Hotel Melaka kerana bermula 21 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026 mereka akan mengadakan buffet ramadhan bertemakan Seindah Ramadhan Buffet Dinner.
Menurut poster yang dikongsikan diatas, mereka sedang membuat promosi harga early bird. Buat korang yang membuat tempahan awal sebelum 31 Januari 2026 akan mendapat tempat dengan harga yang lebih murah berbanding harga asal.
- Harga Early Bird sebelum 31 Januari 2026 (Dewasa RM108*)
- Harga Biasa (Dewasa RM138*, Kanak Kanak RM48*)
Sewaktu artikel ini dikongsikan, promosi masih lagi berjalan. Jadi, kalau korang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka di talian +606 221 9448. Untuk pengetahuan umum, buffet ramadhan di Hatten Hotel Melaka akan dimeriahkan dengan persembahan gamelan dan kaunter zakat juga dibuka.
Holiday Inn Melaka
Sempena bulan puasa 2026, Holiday Inn Melaka akan mengadakan buffet ramadhan bertemakan Kembara Nostalgia Desa dimana korang boleh menikmati lebih 150 hidangan yang menyelerakan termasuklah the signature ikan bakar live grill concept, ayam percik, kambing golek dan macam macam lagi.
Buat korang yang ini mendapatkan tempat dengan harga yang lebih murah berbanding harga asal boleh buat tempahan sekarang atau sebelum 18 Februari 2026 kerana promosi harga early bird sedang berlangsung.
- Harga Early Bird sebelum 18 Februari 2026 (Dewasa RM98)
- Harga Biasa (Dewasa RM128, Kanak Kanak RM68, Warga Emas RM88)
Buffet ramadhan di Holiday Inn Melaka akan berlangsung pada 23 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026. Jadi, buat korang yang ingin membuat tempahan boleh hubungi mereka ditalian +6019 656 1888.
MITC Hotel Melaka
Pada tahun 2026, MITC Hotel Melaka akan memeriahkan bulan puasa dengan mengadakan buffet ramadhan yang bertemakan Citarasa Chef Rahim. Buffet ini akan diadakan di Restoran Bemban bermula jam 6:30 petang sehingga 9:00 malam.
Sama seperti hotel lain, MITC Hotel Melaka juga turut menawarkan harga promosi kepada pelanggan mereka yang membuat tempahan awal bermula 1 Januari 2026 sehingga 31 Januari 2026.
- Harga Early Bird 1 Januari 2026 sehingga 31 Januari 2026 (RM78+)
- Harga Biasa (Dewasa RM118+, Kanak Kanak RM48+)
Buat korang yang berminiat untuk membuat tempahan Buffet ramadhan di MITC Hotel Melaka boleh hubungi mereka ditalian +606 233 1551.
Parkroyal A Famosa Resort Melaka
Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di Parkroyal A Famosa Resort Melaka pada bulan ramadhan tahun 2026 kerana mereka akan menyediakan pelbagai hidangan menarik sempena buffet ramadhan kali ini yang bertemakan Sajian Ramadan Warisan Kampung.
Menerusi poster yang dikongsikan, Parkroyal A Famosa Resort Melaka sedang melangsungkan promos harga early bird dimana korang boleh mendapat tempat dengan harga murah sekiranya korang membuat tempahan awal sehingga 31 Januari 2026.
- Harga Early Bird sehingga 31 Januari 2026 (Dewas RM100, Kanak Kanak RM60, Warga Emas RM60)
- Harga Biasa (Dewasa RM128, Kanak Kanak RM85, Warga Emas RM85)
Buat korang yang berminiat untuk mencuba sendiri pengalaman berbuka puasa di Resort ini boleh buat tempahan sekarang dengan menghubungi mereka ditalian yang disenaraikan dalam poster berkenaan.
