Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Ar Rahman Pulau Gajah

Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Ar Rahman Pulau Gajah  | Untuk segman Jejak Masjid Di Kelantan kali ini aku nak bawa korang berjalan jalan ke Masjid Ar Rahman yang terletak di Kampung Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan. Untuk baca artikel tentang masjid masjid lain yang cantik dan menarik di kelantan boleh klik link dibawah.


Masjid Ar Rahman Pulau Gajah terletak lebih kurang 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Jadi, kalau korang datang bercuti di Kelantan bolehlah datang dekat masjid ini untuk solat. 

Selepas itu, korang boleh berjalan jalan di Pantai Senok dan singgah makan di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung yang berada berhampiran dengan masjid ini.

gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Gambar Pintu Gerbang Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Waktu sampai dekat masjid ini aku agak teruja tengok pintu gerbang dia yang besar dan cantik. Ianya dibina menggunakan kayu yang berkualiti tinggi.

Gambar Gerbang Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Ianya bukan pintu gerbang semata mata tetapi ianya juga dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa untuk pengunjung berehat dan menikmati kawasan sekeliling. Dari tempat duduk di pintu gerbang korang boleh nampak pemandangan masjid yang dipenuhi dengan pokok bunga. 

Melangkah masuk sahaja korang akan nampak bangunan masjid yang tersergam indah! Sedikit informasi tentang Masjid Ar Rahman Pulau Gajah, ia mula dibina dari tahun 2016 lagi dan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap sepenuhnya. 

Gamar masjid Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Masjid Ar Rahman Pulau Gajah mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Untuk pengetahuan semua, masjid ini dibina dengan kos RM6 Juta sumbangan dari individu yang tidak mahu identitinya diketahui umum dan beliau juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk rekaan masjid ini.

Bercakap tentang rekaan, Masjid Ar Rahman Pulau Gajah adalah gabungan senibina dari beberapa negara termasuklah Indonesia, Maghribi, Yaman dan juga Turki. Menurut perkongsian dari Berita Harian, dua pintu masjid ini adalah dari Yaman dan tiang tempat Imam menunaikan ibadah pula dari Maghribi.

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Sekarang jom aku tunjuk gambar gambar yang aku sempat ambil di sekitar masjid pula. Kawasan luar masjid Ar Rahman Pulau Gajah ini luas dan besar. Seperti yang aku kongsikan di awal artikel, masjid ini dipenuhi dengan pokok pokok. Menariknya lagi, terdapat beberapa batu yang berada diluar masjid terukir dengan ayat suci Al-Quran.

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Masjid Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Selain itu, aku sangat teruja tengok tempat ambil wudhuk dekat masjid ini sebab sangat cantik dan kerusi yang digunakan juga bukan kerusi plastik yang selalu kita guna dekat kedai makan tuh tapi kerusi kayu yang comel diperbuat dari kayu.

Masjid Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Aku ada kongsikan dengan korang yang senibina masjid ini gabungan empat negara kan. Untuk yaman dan Maghribi kita sudah tahu tetapi macam mana pula dengan Indonesia dan Turki? Dari Indonesia adalah beduk dan ketuk ketuk yang dibeli disana. Ianya diletakkan dibahagian luar masjid untuk tatapan umum. 

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Generasi anak anak muda sekarang mungkin tidak tahu tentang beduk dan ketuk ketuk ini kan? Kedua dua alatan ini digunakan oleh orang dahulu menandakan masuk waktu solat. Apa pula yang dibawakan dari Turki?

Gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

gambar Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Kota Bharu Kelantan

Kalau korang perasan dalam gambar pertama dekat atas ini ada satu bulatan dan dalam bulatan tersebut ada lakaran al-Quran. Ianya dibawakan khas dari Turki. Dalam gambar yang kedua pula korang akan nampak lima tiang yang mengelilingi bulatan tersebut. Tiang tersebut mewakili rukun Islam, lima perkara. 


Menarik kan Masjid Ar Rahman Pulau Gajah ini. Jadi, kalau korang berpeluang untuk datang berkunjung ke negeri Kelantan boleh singgah sini untuk menyaksikan sendiri hasil senibina gabungan beberapa negara ini. 
Alamat : Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Terbaru Lebih lama