Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat | Untuk segmen jejak masjid kali ini aku nak bawa korang ke Masjid Ar Rahman Mukim Kubang Batang yang berada di Tumpat Kelantan. Masjid ini menjadi tumpuan ramai kerana senibinanya yang sangat cantik dan mirip seperti batu marble yang ada di Masjidil Haram, Mekah.

Gambar Penuh Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Pertama kali nampak masjid ini secara langsung aku sangat teruja sebab dari jauh lagi boleh nampak betapa cantiknya masjid ini. Warna kubah berwarna biru dan bangunan yang dipenuhi dengan warna keemasan sangat menyerlah menarik mata kita untuk tengok Masjid Ar Rahman Kubang Batang.

Gambar Penuh Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Kalau tengok masjid ini dengan jarak yang lebih dekat, korang akan dapat melihat ukiran dan Kaligrafi yang sangat cantik pada dinding. Ianya menjadi tumpuan mereka yang datang untuk mengambil gambar kerana ianya berada di pintu utama sebelum masuk ke dalam masjid. 

Ukiran dan tulisan kaligrafi Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Ukiran dan tulisan kaligrafi Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Ini baru bahagian pintu depan, belum lagi pintu masuk dibahagian tepi yang berdekatan dengan tempat mengambil wudhuk. Setiap sudut masjid memang sangat cantik. Kalau korang berpeluang untuk datang sendiri nanti bolehlah tengok secara langsung. 


Pintu masuk bahagian tepi masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Aku cuba untuk cari maklumat tentang masjid ini tetapi tak banyak yang aku jumpa. Apa yang aku boleh kongsikan dengan korang menerusi pembacaan secara online, Masjid Ar Rahman Kubang Batang mula direnovasi pada tahun 2016 dan dibuka kepada umum pada tahun 2021 dimana kos untuk menyiapkan masjid ini mencecah hampir 20 juta ringgit Malaysia. 

Suasana dalam Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Suasana dalam Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Suasana dalam Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Suasana dalam Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Macam inilah bahagian dalam Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan korang. Dalam gambar pun dah nampak cantik kan! Kalau korang tengok depan depan lagi cantik. Waktu ini aku tak berpeluang untuk naik ke tingkat atas sebab tutup. Tak tahulah kenapa dorang tutup. Mungkin sebab awal lagi atau memang tutup sepanjang hari. 

Alhamdulillah semuanya okay dekat sini tetapi bila aku kongsikan video masjid ini di tiktok ramai yang mempersoalkan tentang parking kereta sebab kawasan parking di masjid ini agak terhad. Aku sendiri pun tak boleh nak menafikan hal ini sebab ianya memang betul. Aku harap dimasa hadapan parking boleh ditambah lagi untuk menampung mereka yang datang singgah ke masjid.

Masjid Ar Rahman Kubang Batang Tumpat Kelantan

Alamat : Mukim Kubang Batang, Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan
Terbaru Lebih lama