Seakan Nami Island di Korea, Pantai Senok menjadi Tarikan di Kota Bharu Kelantan | Beberapa hari yang lepas saya berpeluang untuk jejakkan kaki di Pantai Senok yang dikatakan seakan Nami Island di Negara Korea. 

Pantai Nami di Kelantan
Pantai Senok di Kelantan

Pantai Senok yang terletak di Bachok ini dipenuhi dengan ribuan pokok rhu yang ditanam dengan kedudukan yang tersusun dan cantik sekaligus membuatkan tempat ini menjadi salah satu tarikan pelancong di Negeri Kelantan.

Pantai Nami cantik di Kelantan
Pantai nami Cantik di Kelantan

Ramai pengunjung datang ke sini untuk bergambar dan menikmati makanan seperi Ikan, udang, cendawan celup tepung sambil menikmati pemandangan yang cantik. Kawasan pantai juga sangat cantik dan bersih. Korang boleh tengok video youtube yang saya kongsikan nanti (will update Asap).

Pantai Nami Cantik di Kelantan
Ikan Celup Tepung
Pantai Nami Cantik di Kelantan

Tahap kebersihan pulak macam mana? Pada saya, buat masa ini kebersihan di Pantai Senok masih berada di tahap yang memuaskan. Jadi, harapnya kalau korang berniat untuk datang berkujung bagilah kerjasama dalam penjagaan alam sekitar nih ya. Lagi pun, Kemudahah sudah pun disediakan. Tong Sampah pun ada diletakkan untuk memudahkan korang.

Post a Comment

Previous Post Next Post