Cara Langgan Netflix Guna Gift Card | Tak payah guna Debit & Credit Card dah Lepas Nih! | Macam mana nak langgan Netflix tanpa guna Kad Kredit? Jangan risau sebab korang boleh langgan Netflix guna Gift Card. 

Ada yang tanya saya, "Ada tak cara lain nak bayar Netflix? Malas nak guna kad debit/kad kredit dah". Sebenarnya ada beberapa cara lagi yang kita boleh guna untuk langgan Netflix tapi kali ini saya akan kongsikan berkenaan dengan Gift Card dahulu.

cara langgan netflix guna gift card

Inilah rupa Gift Card Netflix yang korang boleh dapatkan di 7 Eleven berdekatan. Ada dua gift card, salah satunya macam dalam gambar dekat atas RM55. Satu lagi korang boleh beli dengan harga RM100. 

Cara Cara Untuk Melanggan Netflix Menggunakan Netflix Gift Card

Langgan Netflix tanpa Credit card & Debit Card

Pertama sekali apa yang korang perlu buat adalah masuk ke aplikasi Netflix yang ada di Smartphone korang. Kalau guna Laptop, korang buka jer dekat laptop. Saya guna phone sebab pakej yang saya guna memang boleh tengok dekat Smartphone sahaja. 

Lepas tuh korang tekan butang "More" yang berada dibahagian bawah paling kanan dalam aplikasi Netflix tersebut.

Cara langgan netflix tanpa Credit Card dan Debit Card

Tekan butang "Account" dan korang akan dibawa ke laman sesawang yang memaparkan setting akaun korang. Dibahagian tersebut korang boleh menukar beberapa informasi yang diperlukan termasuklah cara bayaran.

cara langgan netlfix tanpa kad kredit & kad debit

Scroll ke bahagian bawah dan tekan butang "Redeem gift card or promo code" dimana korang perlu masukkan kod atau pin yang tertera pada Gift Card. 

cara langgan netflix tanpa credit card & debit card

Dibahagian belakang Gift card ada satu tempat yang korang boleh "scratch" guna duit syiling untuk dapatkan code/pin. Gores jer lepas tuh masukkan code tersebut dalam kotak yang saya tandakan dengan nombor 6.

cara langgan netflix tanpa guna kredit card dan debit card

Bila code/pin sudah dimasukkan, korang tekan butang "redeem" dan seterusnya tekan "apply to my account". 

cara langgan netflix tanpa kredit kad

Akhirnya sekali, bila dah keluar statement "credit applied" maksudnya korang sudah pun "redeem" Gift Card dengan jayanya. Selepas tuh bolehlah tengok Netflix tanpa sebarang masalah. 

Untuk buat semakan berkaitan dengan baki Gift Card tersebut, korang boleh kebahagian "account" setting sekali lagi dan check baki seperti yang tertera pada gambar nombor 10.

Pakej yang saya gunakan adalah pakej paling murah iaitu RM17/Sebulan. Jadi, RM55 (Nilai Gift Card) tolak dengan RM17, baki kad yang tinggal adalah RM38. Baki tersebut akan terus berada dalam akaun dan akan ditolak pada bulan berikut sehingga bulan Mac 2021.

Senang kan! Tak perlu guna kad kredit atau kad debit lagi lepas nih. Guna jer gift card yang dijual dekat 7 Eleven. Nak redeem pun senang. Apa pun kalau korang ada soalan boleh tinggalkan diruangan komen. Kalau aku boleh tolong aku akan jawab untuk memudahkan urusan korang. Terima Kasih!

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama