Pengalaman Menginap Di Hotel Yang Dekat Dengan Airport | Geno Hotel Selangor

Pengalaman Menginap di Geno Hotel Shah Alam Selangor | Seperti biasa kalau blog luqman zakaria akan ada banyak perkongsian pasal makanan dan juga hotel. Untuk kali ini aku nak bawa korang explore Geno Hotel yang terletak di Selangor. 


Geno Hotel
Alamat : Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor
Nombor Telefon : 03-50336666

Awalnya aku pelik dengan hotel ini sebab aku tak pasti samada ianya berada di Shah Alam atau Subang Jaya. Bila search dekat google Geno Hotel Shah Alam keluar hotel ini tapi alamat dekat Subang Jaya. Bila dah baca apa yang tertulis dekat website rupa rupanya Geno Hotel ini berada di antara Subang Jaya dan Shah Alam.

Dekat Geno Hotel ini aku duduk dalam Bilik Deluxe Twin. Aku stay dekat sini tahun lepas tau korang. Harga bilik waktu ini hanya RM160 sahaja termasuk breakfast. Rate bilik mungkin berbeza sekarang ini jadi korang boleh check harga bilik semasa di laman sesawang geno hotel.



Bilik deluxe twin yang aku stay ini simple jer dan pada pendapat aku ianya sesuai untuk korang yang travel naik flight  sebab Geno Hotel ini berdekatan dengan airport Subang. Jarak antara hotel dan airport subang mengambil masa dalam 16 minit sahaja.






Walau pun simple  tapi bilik hotel lengkap dengan kemudahan yang diperlukan contohnya tuala, bathroom amenities, tea & coffee amenities dan banyak lagi. Bilik air juga sangat selesa dan bersih. 

Selain kemudahan dalam bilik, Geno Hotel juga menyediakan beberapa kemudahan lain di dalam hotel untuk kegunaan pelanggan mereka seperti swimming pool, gymnasium sauna, restoran dan lain lain.





Bagi korang yang book hotel sekali dengan breakfast, korang akan makan dekat restoran yang di panggil taste cafe. Cafe ini bukan sahaja dibuka untuk breakfast sahaja tetapi ianya juga digunakan untuk lunch dan dinner. 





Aku stay dekat sini dua hari satu malam jer tak sempat nak explore kawasan berdekatan dengan hotel sebab malam tuh hujan. Ingatkan nak tengoklah area depan hotel ada kedai apa yang boleh diterjah tapi tak dapat nak jalan pun hujan lebat sangat. Terpaksa keluar drive cari makan jauh dari dari hotel. Cakap pasal drive ini, Geno Hotel ada menyediakan parking juga untuk tetamu yang menginap. 



So far, sepanjang duduk dekat sini memang tak ada apa apa masalah pun. Everything was ok. Kesimpulannya, kalau korang mencari hotel yang berdekatan dengan airport Subang, Geno Hotel adalah hotel yang sesuai. Kalau nak pergi KLIA pun ok jer dalam 30 minit dah sampai. Jadi korang, sampai disini sahaja perkongsian aku tentang Geno Hotel. Kita jumpa lagi dalam artikel lain. 
Terbaru Lebih lama