Senarai Terkini Panggung Wayang Di Malaysia | Ada Yang Tak Pernah Dengar Pun!

Menonton wayang adalah salah satu aktiviti yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Terdapat beberapa buah panggung wayang di Malaysia yang sering menjadi pilihan ramai seperti TGV dan GCS tetapi tahukah korang sebenarnya ada banyak lagi panggung wayang di Malaysia selain TGV dan GSC? 

Senarai Panggung Wayang di Malaysia Yang Terkini

Bagi peminat filem yang sering berkunjung ke panggung wayang mungkin sudah familiar dengan senarai panggung wayang yang aku akan kongsikan. Untuk korang yang belum tahu pula aku harap artikel ini akan membantu korang untuk mengenali panggung wayang lain yang ada di Malaysia.

Senarai Terkini Panggung Wayang Di Malaysia

1. Golden Screen Cinemas (GSC) - www.gsc.com.my

Golden Screen Cinemas GSC
Credit to The Starling

Menurut laman sesawang GSC Golden Cinemas atau GSC Cinemas adalah syarikat pawagam terbesar di Malaysia. GSC boleh dikatakan ada hampir di semua negeri di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, GSC terdapat di Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Selangor, Sabah dan Sarawak

Kuala Lumpur :
  • The Gardens
  • Midvalley Megamall
  • MyTOWN Shopping Centre
  • Eko Cheras Mall
  • Nu Sentral
  • Quill City Mall
Johor :
  • Paradigm Mall Johor Bahru
  • The Mall, Mid Valley Southkey
  • Sunway Big Box
Kedah :
  • Amanjaya Mall
  • Aman Central Mall
Melaka :
  • AEON Mall Bandaraya Melaka
  • Dataran Pahlawan Melaka Megamall
Negeri Sembilan :
  • Terminal 1
  • Palm Mall
Pahang :
  • East Coast Mall
  • Mentakab Star Mall
Pulau Pinang :
  • Gurney Plaza
  • Queensbay Mall
  • Sunway Carnival Mall
Perak :
  • Ipoh Parade
Putrajaya :
  • Alamanda
  • IOI City Mall
Selangor : 
  • 1 Utama
  • IOI Mall
  • 3 Damansara Shopping Mall
  • Paradigm Mall
  • Setia City Mall
  • The Summit
  • Klang Parade
  • Melawati Mall
Sabah : 
  • Suria Sabah
  • 1Borneo Hypermall
Sarawak :
  • Bintang Megamall
  • CityONE Megamall

2. TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV Cinemas) - www.tgv.com.my

Tanjung Golden Village Cinema TGV Cinemas
Credit to adeasy.co

TGV Cinemas yang dahulunya dikenali dengan nama Tanjung Golden Village Cinemas adalah  rangkaian pawagam kedua terbesar di Malaysia. TGV ada hampir di setiap negeri di Malaysia. Korang yang berminat untuk menonton wayang di TGV boleh ke lokasi yang aku senaraikan dibawah.

TGV Cinemas berada di Johor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Johor : 
  • AEON Bukit Indah Shopping Centre
  • AEON Kulaijaya
  • AEON Tebrau City Shopping Centre
  • Tasek Central Mall
  • Toppen Shopping Centre
Kuala Lumpur :
  • 1 Shamelin
  • AEON AU2 Shopping Centre
  • AEON Metro Prima Shopping Centre
  • Cheras Sentral Mall
  • Sunway Putra Mall
  • Sunway Velocity Mall
  • Suria KLCC
  • Wangsa Walk Mall
  • Ampang Point Shopping Centre
Melaka :
  • Element Mall
Negeri Sembilan :
  • AEON Seremban 2 Shopping Centre
Penang : 
  • 1st Avenue Mall
  • AEON Bukit Mertajam
  • Klippa Shopping Centre
  • Gurney Paragon Mall
Perak :
  • AEON Mall Station 18
  • AEON Mall Ipoh Klebang
  • AEON Mall Kinta City
  • AEON Mall Seri Manjung
  • AEON Mall Taiping
Sabah :
  • PacifiCity Mall
Sarawak :
  • Boulevard Shopping Mall
  • Boulevard Shopping Mall Bintulu
  • Permaisuri Imperial City Mall
  • Vivacity Megamall
Selangor :
  • 1 Utama Old Wing
  • AEON Mall Bukit Raja
  • AEON Mall Bukit Tinggi
  • AEON Mall Cheras Selatan
  • AEON Mall Rawang
  • Central I-City
  • Dpulze Shopping Centre
  • Encorp Strand Mall
  • Jaya Shopping Centre
  • Setiawalk Mall
  • Sunway Pyramid
  • The Mines
Terengganu :
  • Kompleks Boling Bandar Bari Kijal
  • Mesra Mall

3. MBO Cinemas - www.mbocinemas.com

mbo cinemas

Lokasi MBO Cinemas pula tidak banyak seperti GSC dan TGV tetapi ianya boleh dikatakan agak popular dan dikenali ramai. Antara lokasi MBO Cinemas adalah seperti yang tertera.
  • Atria Shopping Gallery (Selangor)
  • Quayside Mall (Selangor)
  • Space U8 (Selangor)
  • Brem Mall (Kuala Lumpur)
  • Elements Mall (Melaka)
  • Melaka Mall (Melaka)
  • Taiping Sentral Mall (Perak)
  • Teluk Intan (Perak)
  • U Mall Skudai (Johor)

4. Paragon Cinemas - www.paragoncinemas.com.my

Paragon Cinemas
Credit to Google Play

Paragon Cinemas hanya ada di beberapa tempat sahaja buat masa sekarang. Menurut maklumat yang aku jumpa secara online Paragon Cinemas berada di Negeri Terengganu, Kedah, Johor dan Perak sahaja.
  • KTCC Mall (Terengganu)
  • Alor Star Mall (Kedah)
  • Batu Pahat Mall (Johor)
  • Taiping Mall (Perak)


Superstar Cinema

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Superstar Cinema kecuali orang johor sebab lokasi Superstar Cinema hanyalah di Negeri Johor sahaja. Ianya terletak di U Sentral Segamat dan Bandar Seri Alam di dalam Today's Market.


6. Lotus Five Star Cinema (LFS) - www.lfs.com.my

Lotus Five Star Cinemas

Sejujurnya ini kali pertama aku tahu tentang kewujudan Lotus Five Star Cinemas atau lebih mudah disebut LFS. Rupa rupanya LFS ini ada di beberapa lokasi yang mungkin ramai tidak sedar. Untuk pengetahuan korang, LFS berada di Negeri Selangor, Perak, Penang, Johor, Kuala Lumpur, Sabah dan Terengganu.
  1. Selangor :
    • LFS PJ State Jalan Yong Shook Lin
    • LFS Metro Kajang Plaza
    • LFS Selayang Capitol Complex
    • LFS Sri Intan
    • LFS Sun Rawang
  2. Kuala Lumpur :
    • LFS Coliseum
  3. Perak :
    • LFS Seri Kinta
    • LFS Kampar
    • LFS Setiawan
  4. Penang :
    • LFS Butterworth
    • LFS Bukit Jambul
  5. Johor :
    • LFS Plaza Tasek
  6. Sabah :
    • LFS Sandakan
  7. Terengganu :
    • LFS Kuala Terengganu


One Cinemas

One Cinemas pula hanya ada di satu lokasi sahaja iaitu Spectrum Shopping Mall yang berada di Bandar Baru Ampang. Kalau korang yang tinggal di area berdekatan tapi tak tahu tentang One Cinemas mungkin boleh cuba sendiri dan dapat pengalaman menonton di One Cinemas Spectrum Shopping Mall.

8. Mmcineplexes - www.mmcineplexes.com

mmcineplexes

Bagi korang yang ingin menonton filem menarik dan best di mmcineplexes boleh rujuk lokasi yang aku kongsikan ini. Mmcineplexes berada di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah, Johor, Melaka dan Sarawak.
  • Sunshine Bertam (Pulau Pinang)
  • Perangin Mall (Pulau Pinang)
  • Kerian Sentral (Perak)
  • D Mall (Perak)
  • 1 Plaza (Selangor)
  • Langkawi Parade (Kedah)
  • Kiara Square (Negeri Sembilan)
  • Segamat Central (Johor)
  • Mahkota Parade (Melaka)
  • The Summer Mall (Sarawak)

9. Grand Cineplex - www.grandcineplex.com.my

grand cineplex
Credit to Grand Cineplex

Korang yang tinggal di Negeri Kedah Darul Aman khususnya di Sungai Petani korang boleh menonton filem terbaru yang menarik dan best di Legenda Village Mall

10. Amerin Cineplex - www.amerincineplex.com.my

Amerin Cineplex
Credit to apple store

Lokasi Amerin Cineplex pula berada di Amerin Mall yang berada di Selangor. Selama aku duduk dekat KL tak pernah tahu pun tentang kewujudan Amerin Mall ini. Aku rasa kalau tengok wayang dekat sini mesti tak ramai orang hehe. Kalau ada diantara korang yang pernah datang sini tengok wayang share dekat bahagian komen.

11. Dadi Cinema - www.dadi.my

Dadi Cinema
Credit to Dadi Cinema

Ada tak diantara korang yang selalu tengok wayang dekat Pavillion Kuala Lumpur? Aku pernah juga tapi tak pernah nampak Dadi Cinema ini. Terkejut juga bila tengok lokasi Dadi Cinema berada di Pavillion KL. Nampak macam menarik Dadi Cinema ini.

12. Bona Cinemas - www.bonacinemas.com.my

Bona Cinemas

Berkunjung ke Sky Avenue Genting Highlands tapi masih nak menonton filem terbaru yang best? Korang boleh cuba Bona Cinemas ini. Aku pernahlah ternampak masa pergi Genting tapi tak pernah pula mencuba sendiri. Yang mana pernah cuba seperti biasa kongsi pengalaman.

13. TSR Cinemax - www. tsrcinemax.asia

Tsr Cinemax senarai pawagam di Malaysia

Satu lagi pawagam yang ada di selangor iaitu TSR Cinemax. Korang yang selalu berkunjung ke IRDKL Mall Shah Alam mesti dah familiar dengan TSR Cinemax ini. 

Berikut adalah 12 panggung wayang yang ada di Malaysia. Aku sendiri pun terkejut bila cari tentang pawagam dekat Malaysia. Rupa rupanya ada banyak lagi selain TGV dan GSC. Jadi, lepas ini kalau korang jalan jalan ke mana mana mall atau negeri yang tiada pawagam yang dah biasa korang pergi, cublah cari pawagam lain yang aku senaraikan dekat sini insyaAllah ada hehe. 
Terbaru Lebih lama