Pas Perjalanan myrapid Tanpa Had Selama 30 Hari Dengan Harga Murah RM50 Sahaja

Sekiranya korang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam myrapid setiap hari, Pas perjalanan tanpa had selama 30 hari yang dikenali dengan My50 wajib dibeli kerana ianya sangat murah dan menjimatkan. Pengangkutan awam myrapid yang boleh dinaiki dengan menggunakan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari ini adalah LRT, MRT, BRT, bas rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.

Baca Juga : Pas Perjalanan Rapid Tanpa Had Selama 1 Hari Untuk 4 Orang| Pas Keluarga Malaysia RM15

Bagi mereka yang tinggal di Pulau Pinang juga boleh menggunakan Pas Mutiara My50 bagi perkhidmatan bas Rapid Penang tetapi malangnya produk My50 belum ditawarkan bagi perkhidmatan Rapid Kuantan.

Pas Perjalanan myrapid Tanpa Had Selama 30 Hari Dengan Harga Murah RM50 Sahaja

Pas perjalanan tanpa had selama 30 hari My50 (Lembah Klang) dan Mutiara My50 (Pulau Pinang) yang berharga RM50 ini dijual khas untuk warganegara Malaysia yang mempunyai Mykad atau Mytentera. Pembelian pas My50 dan Mutiara My50 sudah boleh dibuat sejak 1 Januari 2022 lagi. Jadi, untuk korang yang baru tahu tentang pas ini boleh dapatkan sekarang.

Pas perjalanan tanpa had selama 30 hari MY50

Cara Untuk Mendapatkan Pas My50 Dan Pas Mutiara My50

Bagi pengguna pengangkutan awam Rapid KL, korang boleh dapatkan pas My50 dari kaunter perkhidmatan pelanggan Rapid KL yang berada di semua stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas yang terpilih seperti berikut :
  • Chow Kit
  • Pasar Seni
  • Sri Nilam
  • KLCC
  • Puchong Utama
  • Titik Mutiara
  • Seksyen 2 Shah Alam
  • Kayu Hijau
  • Sunway Piramid

Bagaimana pula dengan pengguna Rapid Penang? Jangan risau kerana korang boleh dapatkan pas Mutiara My50 di beberapa lokasi Kiosk Rapid Penang yang disenaraikan di bawah. 
  • Komtar
  • Bukit Mertajam
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Balik Pulau
  • Penang Sentral
  • Kompleks Dato' Kailan (Kepala Batas)
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)

Bagi pengguna pengangkutan awam Rapid KL, pas My50 tidak boleh dilanggan menggunakan kad Touch N' Go biasa. Pas My50 hanya boleh dilanggan menggunakan Mykad atau Mytentera yang mempunyai fungsi Touch N' Go sahaja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari Pas My50 dan Pas Mutiara My50 yang berharga RM50, Korang boleh layari laman sesawang myrapid yang tertera.


Atau hubungi mereka di talian berikut :

03-78852585 
Isnin hingga Jumaat dari jam 7:00 Pagi hingga 8:30 Malam.
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 7:00 Pagi hingga 5:30 Petang.

Sebarang soalan juga boleh dihantar melalui emel suggest@rapidkl.com.my
Terbaru Lebih lama