Pas Perjalanan Rapid KL Tanpa Had Selama 1 Hari | Pas Keluarga Malaysia RM15

Bermula pada bulan disember 2021 yang lepas myrapid telah memperkenalkan pas perjalanan Rapid KL tanpa had selama satu hari yang murah dipanggil Pas Keluarga Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam keluar beriadah atau berkunjung ke tempat yang menarik di Lembah Klang bersama dengan mereka yang tersayang.

Pas Keluarga Malaysia RM15 adalah pas perjalanan berkumpulan yang menawarkan perjalanan tanpa had selama satu hari di semua laluan bas Rapid KL, BRT, Monorel, MRT, LRT dan juga bas perantaraan MRT dibawah kendalian Rapid KL.

Pas Keluarga Malaysia RM15 | Pas Perjalanan Tanpa Had myrapid

Satu Pas Keluarga Malaysia yang bernilai RM15 ini sah untuk 4 pax sahaja. Pas Keluarga Malaysia dijual menggunakan transaksi Touch N' Go. Bagi yang tiada, korang perlu mendapatkan Kad Touch N' Go kerana Pas Keluarga Malaysia akan diaktifkan pada kad tersebut. 

pas perjalanan myrapid tanpa had murah Pas keluarga malaysia

Untuk pengetahuan korang juga, Pas Keluarga Malaysia boleh dibeli pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja dan ianya hanya boleh digunakan pada hari yang sama pembelian dilakukan. 

Dimanakah Saya Boleh Membeli Pas Keluarga Malaysia?

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan pas perjalanan tanpa had selama satu hari (Pas Keluarga Malaysia untuk 4 Pelanggan) boleh rujuk maklumat dibawah. 

Pembelian Pas Keluarga Malaysia boleh dibuat di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL yang terletak di semua stesen LRT, Monorel, MRT, BRT dan beberapa hab bas terpilih seperti :
  • KLCC
  • Chow Kit
  • Pasar Seni
  • Sri Nilam
  • Pearl Point
  • Puchong Utama
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam
*Korang dikehendaki membawa Mykad atau Mytentera untuk pengesahan oleh Pembantu Khidmat Pelanggan sebelum membuat pembelian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pas perjalanan tanpa had selama satu hari Pas Keluarga Malaysia yang berharga RM15, Korang boleh layari laman sesawang myrapid yang tertera.


Atau hubungi mereka di talian berikut :

03-78852585 
Isnin hingga Jumaat dari jam 7:00 Pagi hingga 8:30 Malam.
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 7:00 Pagi hingga 5:30 Petang.

Sebarang soalan juga boleh dihantar melalui emel suggest@rapidkl.com.my
Terbaru Lebih lama