Cara cara untuk memohon dan mengemaskini Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2018

Cara cara untuk memohon BR1M 2018, Kemaskini maklumat BR1M, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Daftar BR1M online, Daftar Br1M manual, Borang BR1M, Download borang BR1M
Cara cara untuk memohon dan mengemaskini Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2018 | Untuk pengetahuan semua, Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M ini boleh dimohon dan kemas kini secara atas talian (online) dan manual.

Permohonan BR1M 2018 secara manual menggunakan borang 

  • Borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh didapati secara online di Portal Rasmi BR1M LHDNM - https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Pemohon juga boleh mendapatkannya di :-
  • Cawangan LHDNM
  • Pusat khidmat Hakil (PKH) LDHNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC)
  • Dokumen sokongan pemohon/pasangan/tanggungan (jika berkaitan) perlu dikemukakan bersama. Anda boleh ke Portal rasmi BR1M LHDNM untuk membuat semakan tentang dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BR1M anda.

Permohonan BR1M 2018 secara online 

  • Permohonan boleh dibuat disini - https://ebr1m.hasil.gov.my bermula pada bulan Disember 2017.

Kemas kini permohonan BR1M 2018

Online

  • Kemas kini secara online boleh dibuat disini - https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Dan ianya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja *Cetak salinan kemas kini sebagai rujukan
  • Panduan/cara cara mengemaskini Permohonan BR1M - KLIK SINI *akan dikemas kini
  • Soalan Lazim mengenai BR1M - KLIK SINI *akan dikemaskini

Manual

  • Anda boleh mendapatkan borang kemas kini di :-
  • Pejabat daerah dan pejabat LHDN
  • Pejabat cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta Agensi Kerajaan
  • Borang kemas kini juga boleh didapati melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM - https://ebr1m.hasil.gov.my *link ke borang tersebut akan dikemas kini 

Maklumat terkini dan pertanyaan mengenai BR1M 2018

Anda boleh menghubungi LHDNM 1-800-88-2716 atau Hotline BR1M 03-88824565 atau hadir sendiri ke cawangan LHDN/PKH LHDNM/UTC LHDN.

Maklumat mengenai BR1M 2018 akan dikemas kini dari masa ke semasa.
Sumber rujukan - Portal Rasmi BRIM LHDN/ebr1m.org/www.mysumber.com
LihatTutupKomentar