Sekiranya korang sedang mencari lokasi buffet ramadhan yang menawarkan harga berpatutan dengan hidangan yang pelbagai di Kelantan, Perdana Kota Bharu adalah salah satu lokasi berbuka puasa yang wajib dikunjungi bersama keluarga, kawan kawan dan rakan sekerja pada bulan ramadhan 2026.
Perdana Kota Bharu yang terletak di Jalan Mahmood ini akan mengadakan buffet ramadhan mereka di Restoran Cerana yang berada di bahagian lobi Hotel.
Pelanggan dan tetamu yang sering menjadikan Perdana Kota Bharu sebagai lokasi pilihan berbuka puasa di Kelantan pastinya akan lebih teruja untuk kembali pada tahun ini kerana Cerana kini tampil dengan suasana yang berbeza selepas kerja kerja pengubahsuaian dilakukan.
Buffet Ramadhan 2026 Di Perdana Kota Bharu Meriah Dengan Lebih 190 Hidangan Istimewa!
Berbuka puasa di ruangan yang lebih segar, moden dan eksklusif tidak lengkap tanpa hidangan berbuka puasa yang istimewa. Jadi, Perdana Kota Bharu menyediakan lebih 190 hidangan asli masakan Melayu dan Cina-Thai buat pelanggan mereka pada tahun ini.
Tetamu yang hadir untuk berbuka puasa di Restoren Cerana boleh menikmati beberapa hidangan utama mereka seperti Nasi Panca Delima, Rendang Tok, Terung Air Asam Utara, Ayam Kampung Goreng Kunyit, Kambing Golek dan juga Gulai Kawah.
Hidangan yang disajikan pada kali ini sangat bersesuaian dengan temanya Souq Ramadan "Warna Warni". Mereka menyediakan beberapa gerai di bahagian luar restoran menjadikan suasana berbuka puasa lebih meriah.
Menu pilihan yang pelbagai akan membuatkan tetamu yang datang rambang mata. Antara menu lain yang korang boleh cuba untuk tahun ini adalah Ikan Pari Masak Asam Pedas, Gulai Ikan Masin Dengan Nenas, Daging Dengan Nangka Muda, Ayam Percik Kelantan, Nasi Goreng Cina, Ayam Panggang, Kari Kepala Ikan, Aneka Sup Dan Nasi Air, Lok Lok, Gulai Ayam Kampung Sumatera, Kari Gearbox, Masak Lemak Daging Salai, Patin Tempoyak dan banyak lagi.
Bersesuaian juga dengan konsep masakan Melayu, mereka menyajikan pelbagai jenis ulam ulaman kampung, beberapa jenis kerabu dan sambal untuk dinikmati dengan masakan lain.
Tidak sempurna buffet ramadhan tanpa hidangan pencuci mulut yang menyelerakan. Di Perdana Kota Bharu korang boleh menikmati pelbagai jenis pencuci mulut. Dari hidangan moden seperti kek, puding sehinggalah kuih muih tradisional seperti tapai, akok, puteri ayu dan banyak lagi.
Seperti yang korang tahu, terdapat lebih 190 hidangan yang bakal disajikan pada bulan ramadhan nanti. Apa yang dikongsikan dalam artikel ini hanya sebahagian kecil sahaja. Untuk pengalaman yang lebih menarik, korang boleh tonton video tiktok yang dikongsikan menerusi akaun jomderak. Dalam video tersebut korang boleh dapat gambaran yang lebih jelas tentang buffet ramadhan 2026 di Perdana Kota Bharu.
@jomderak 190 jenis makanan di Buffet Ramadhan 2026 Hotel Perdana Kota Bharu! #buffetramadhan2026 #kelantanfoodie #kelantantiktok ♬ Food Review - Sunny Vibes
Harga Buffet Ramadhan 2026 Di Perdana Kota Bharu Kelantan
Mesti korang tertanya tanya tentang harga yang ditawarkan untuk buffet ramadhan di Perdana Kota Bharu Kelantan kan? Untuk pengetahuan semua pembaca, Harga yang dikenakan buat tetamu yang berminat untuk berbuka puasa disini adalah seperti yang tertera.
- Harga Normal - RM118 (Dewasa), RM68 (Kanak Kanak)
- Baucar Tempahan Awal - RM99 (Dewasa), RM99 (Dua Kanak Kanak)
Ruang Solat Terawih
Buffet Ramadan di Perdana Kota Bharu berlangsung sehingga jam 10:30 malam, jadi tidak perlu risau tentang kemudahan solat. Tetamu yang ingin menunaikan solat boleh menggunakan ruang solat yang disediakan di Aras 1 dengan suasana yang selesa dan teratur.