Gegar Vaganza Musim Ke 9 | Senarai Peserta Gegar Vaganza 9 (2022)

Gegar Vaganza musim ke 9 pada tahun 2022 akan menjadi salah satu program nyanyian yang dinantikan ramai. Gegar Vaganza musim ke 8 pada tahun yang lepas menampilkan ramai penyanyi hebat seperti Aweera, Arwah Adibah Noor, Bandi Amuk dan ramai lagi. 

Gegar Vaganza 2022

Pemenang Gegar Vaganza musim ke 8 adalah Alif Aziz dan diikuti dengan tempat kedua Nikki Palikat, tempat ketiga Suki Low, tempa keempat Arwah Adibah Noor, tempat kelima Azan Scan dan Aweera di tempat yang keenam.

Bagaimana pula dengan Gegar Vaganza Musim ke 9 Tahun 2022? Siapakah peserta yang bakal menyertai Gegar Vaganza Tahun ini? Siapakah yang bakal menjadi juara?

Masih ada banyak pertanyaan yang masih belum terjawab. 

Tonton Gegar Vaganza Musim Ke 9 Tahun 2022

Buat masa sekarang kita masih belum tahu lagi siapakah penyanyi yang akan menyertai Gegar Vaganza 9 tetapi mereka telah berkongsi sedikit maklumat berkenaan Gegar Vaganza 9 dalam satu posting di Instagram @gegarvaganzaofficial.

Pada 6 September 2022, InsyaAllah mereka akan mengumumkan siapakah yang akan menjadi peserta Gegar Vaganza 9. Adakah peserta yang akan diumumkan nanti termasuk dalam ramalan peserta Gegar Vaganza yang dibuat oleh peminat diluar sana? Kita nantikanlah!

Informasi lain yang kita dapat lihat melalui posting tersebut, Konsert Gegar Vaganza 9 akan diadakan bermula 18 September 2022 pada hari Ahad jam 9:00 malam di Saluran Astro Ria dan juga Astro Go.


Senarai Peserta Gegar Vaganza 2022 GV9

Berikut adalah senarai penuh 13 peserta Gegar Vaganza 9 untuk  tahun 2022 :

1. V.E 

Peserta Gegar Vaganza 9 V.E

2. Dina Nadzir

Peserta gegar vaganza 9 Dina Nadzir

3. Roy Kapilla 

Peserta Gegar Vaganza 9 Roy Kapilla

4. Fuad Rahman

Peserta Gegar Vaganza 9 Fuad Rahman

5. Patricia Candy

Peserta Gegar Vaganza 9 Pat Candy

6. Tom

Peserta Gegar Vaganza 9 Tom

7. Asheed Def-Gab-C

Peserta Gegar Vaganza Asheed Def Gab C

8. Haida Hasnan

Peserta Gegar Vaganza 9 Haida Hasnan

9. Hazrul Nizam

Peserta Gegar Vaganza 9 Hasrul Nizam

10. Bob Yusof

Peserta Gegar Vaganza 9 Bob Yusof

11. Shila Amzah 

Peserta Gegar Vaganza 9 Shila Amzah

12. Tomok

Peserta Gegar Vaganza 9 Tomok

13. Jaclyn Victor

Peserta Gegar Vaganza 9 Jaclyn Victor

Pengacara untuk Gegar Vaganza 2022 GV9 adalah Nabil Ahmad dan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom).

Juri Gegar Vaganza 2022 GV9 adalah Datuk Syafinaz SelamatDato' Ramli M.S (Tok Ram) dan Bonda Hetty Koes Endang. Sumber
Terbaru Lebih lama