Drama Rampas Cintaku

Rampas Cintaku adalah drama iQIYI original yang akan ditayangkan menerusi laman sesawang dan aplikasi iQIYI bermula 23 September 2022 akan datang. Drama bersiri Rampas Cintaku yang diarahkan oleh Ejump Mohd ini dibintangi oleh Afieq Shazwan, Fasha Sandha dan Zarul Husin.


Selain tiga orang pelakon yang disebut pada awal artikel, ada beberapa pelakon lain yang terlibat dalam menjayakan drama ini seperti Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Puteri Balqis dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang juga, drama Rampas Cintaku 14 episod ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun sahaja.

Sinopsis Drama Rampas Cintaku 

Rampas Cintaku berkisahkan tentang seorang lelaki muda bernama Rizal (Afieq Shazwan) yang ingin berjaya dalam hidupnya tetapi terpaksa menanggung kehidupan adik dan ibu saudaranya. Rizal didesak untuk bekerja siang dan malam supaya dapat menjelaskan hutang yang dipinjam. 

Desakan dan dugaan yang dihadapinya membuatkan Rizal mengikut kawannya bekerja di sebuah kelab malam yang menemukan dia dengan Datin Safieya (Fasha Sandha) yang sedang kecewa dengan kecurangan suaminya Dato Jefri (Zarul Husin).

Informasi Ringkas Tentang Drama Rampas Cintaku  

Tajuk Drama : Rampas Cintaku (14 Episod)
Tarikh Tayangan : Bermula 23 September 2022
Pengarah : Ejump Mohd
Terbitan : MIG Productions
Pelakon : Afieq Shazwan, Fasha Sandha, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Datin Fadhilah Mansor dan ramai lagi

Trailer Drama Rampas Cintaku 

Terbaru Lebih lama