Filem Animasi Kancil Dari Indonesia Akan Ditayangkan Di Pawagam

Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua tentang filem animasi dari Indonesia yang bertajuk Kancil. Filem animasi Kancil yang bakal ditayangkan di pawagam ini dihasilkan oleh Visinema dengan kerjasama Afterlab Studio dimana ianya diadaptasi dari komik webtoon dengan tajuk yang sama.

Informasi Tentang Filem Animasi Kancil Dari Negara Jiran, Indonesia!

Menurut laman sesawang wikipedia, filem Animasi Kancil diarahkan oleh Mochamad Reza Permana yang merupakan seorang founder dan CEO kepada Afterlab Studio. Beliau pernah mengarahkan filem animasi pendek seram pyschological yang bertajuk Ouroboros dan menjadi penerbit untuk Muzik video animasi lagu Ishtarkult nyanyian Serangai dan Danilla.

Filem Animasi Kancil Indonesia

Seperti yang dimaklumkan, filem animasi ini diadaptasi dari komik webtoon dengan tajuk yang sama iaitu Kancil. Bagi mereka yang pernah membaca komik Kancil : Menuju Cahaya karya Akhmad Fadly pastinya sudah mengenali beberapa watak terutama sekali Arkana yang merupakan watak utama dalam filem ini. 

Komik webtoon Kancil Indonesia

Sinopsis Filem Animasi Kancil

Filem ini mengisahkan tentang pencuri luar angkara dikenali dengan nama si Kancil yang diburu oleh Timun Corp kerana mencuri kargo berharga milik mereka. 

Tarikh Tayangan Filem Animasi Kancil

Menerusi question and answer (QNA) yang pernah dibuat di instagram @sikancil_official, peminat bertanyakan soalan tentang tarikh tayangan filem animasi Kancil dan jawapan yang diberikan adalah ianya mungkin ditayangkan pada tahun 2020 tetapi sehingga sekarang tarikh rasmi untuk tayangan filem ini masih belum diketahui lagi. 

tarikh tayangan filem animasi Kancil Indonesia

Seperti yang kita tahu, menghasilkan siri atau filem animasi bukanlah sesuatu yang mudah dan ia pastinya akan mengambil masa lebih lama untuk menyempurnakan sesebuah karya supaya apa yang dihasilkan memberi kepuasan kepada pencipta dan juga peminat yang bakal menonton filem yang dibuat. Jadi, buat masa sekarang kita tunggu sahaja update dari mereka. 
Terbaru Lebih lama