Filem Seram Talbis Iblis Bakal Tayang di Pawagam Mulai 20 Oktober 2022

Filem seram dari Malaysia bertajuk Tablis Iblis atau dalam bahasa inggeris The Devil's Deception akan ditayangkan di pawagam bermula pada 20 Oktober 2022 akan datang. Filem arahan khabir bhatia ini diterbitkan oleh enam syarikat penerbitan iaitu Astro Shaw, Infinitus Gold, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX.

Jom Tonton Filem Seram Tablis Iblis  

Talbis Iblis

Filem Tablis Iblis dibintangi oleh beberapa orang pelakon yang dikenali ramai seperti Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Zul Ariffin dan turut diwarnai dengan beberapa pelakon lain contohnya Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya dan juga Izzy Reef.


Sinopsis Filem Tablis Iblis 

Tablis Iblis mengisahkan tentang seorang wanita bernama Hajar yang terlanjur dan mengandung lari dari ke sebuah kampung untuk mengelakkan orang ramai tahu yang dia hamil sebelum berkahwin. Di kampung tersebut Hajar ini tinggal dengan seorang wanita bernama Mak Ju yang merupakan seorang bidan. Mak Ju memberikan layanan baik kepada Hajar tetapi pada masa yang sama Mak Ju mempunyai agenda dimana dia perlukan Hajar untuk membantu menghidupkan kembali arwah anaknya. 

Untuk pengetahuan korang, filem Tablis Iblis dipilih untuk membuat tayangan perdana di Far East Film Festival (FEFF) ke 24 di Itali yang berlangsung pada 21 hingga 29 April 2022. Sumber


Informasi Ringkas Tentang Filem Tablis Iblis

Tajuk Filem : Tablis Iblis 
Tarikh Tayangan : 20 Oktober 2022, Hari Khamis
Pengarah : Khabir Bhatia
Terbitan : Astro Shaw, Infinitus Gold, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX
Pelakon : Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya dan Izzy Reef.
Terbaru Lebih lama