Senarai Drama Melayu VIU Original Yang Best Dan Menarik

Senarai Drama Melayu VIU Original Yang Best Dan Menarik | Hi semua pembaca blog Luqman Zakaria! Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan peminat drama melayu tentang drama melayu VIU Original yang boleh ditonton di laman sesawang dan aplikasi tersebut (VIU).

Baca juga : Senarai Drama Melayu Best Di Disney Plus Hotstar

Pada tahun lepas, menerusi program VIU Upfront yang diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur kita dikhabarkan dengan berita gembira oleh mereka dimana untuk tahun 2023 kita akan dihidangkan dengan lima buah drama bersiri melayu. Drama yang dimaksudkan adalah Nenek Bongkok Tiga, Alter-naratif, Terlanjur Cinta, From Saga With Love (Dear Karma) dan W : Two Worlds.


dan seperti yang dijanjikan sudah ada beberapa drama melayu VIU Original untuk tahun 2023 berjaya dihasilkan. Antara yang korang boleh tonton sekarang adalah Nenek Bongkok Tiga, Alter-Naratif dan juga From Saga With Love. 

Poster Senarai Drama Melayu VIU Original

Untuk drama W : Two Worlds versi Malaysia bakal ditayangkan pada bulan November 2023 dan Terlanjur Cinta pula masih belum ada lagi update tentang drama tersebut. 

Selain drama melayu VIU original yang aku kongsikan diatas, korang juga boleh menonton beberapa drama melayu VIU Original lain yang pernah ditayangkan sebelum ini seperti Hilang, Ijab Kabut dan banyak lagi. 

Poster drama Senarai Drama Melayu VIU Original

Untuk senarai penuh drama melayu VIU Original, korang boleh tengok dalam jadual yang aku kongsikan dekat bawah. Untuk informasi lanjut tentang drama yang dikongsikan boleh klik "Info & Sinopsis".

15 Drama Melayu VIU Original Yang Best Dan Menarik 

No. Tajuk Drama Pelakon
1 Hilang - Info & Sinopsis Khir Rahman
Aqasha
Siti Saleha 
Jasmine Suraya
dan ramai lagi..
2 Ijab Kabut - Info & Sinopsis Fadlan Hazim
Iedil Dzuhrie Alaudin
Megat Shahrizal
Kodi Rasheed
Azira Shafinaz
dan ramai lagi..
3 AI.5YA - Info & Sinopsis Zizan Razak
Afdlin Shauki
Mia Sarah Shauki
Ako Mustapa 
dan ramai lagi..
4 Journal Sara-Haeyo Aniq Suhair
Alvin Chong
Alisya Rashid
Arena Wan
dan ramai lagi..
5 She Was Pretty Aiman Hakim Ridza
Diana Danielle
Daniella Sya
Alvin Chong
dan ramai lagi..
6 Black Season 1 Kamal Adli
Siti Saleha
Nabila Huda
Khir Rahman
dan ramai lagi..
7 Black Season 2 Kamal Adli
Siti Saleha
Khir Rahman
dan ramai lagi..
8 Keluarga Bahadon Season 1 Remy Ishak
Jihan Muse
Khir Rahman
dan ramai lagi..
9 Keluarga Bahadon Season 2 Remy Ishak
Othman Hafsham
Nam Ron
Mark Adam
dan ramai lagi..
10 Keluarga Bahadon Season 3 Remy Ishak
Othman Hafsham
Nam Ron
Mark Adam
dan ramai lagi..
11 Isteri Misteri Sharnaaz Ahmad
Tiz Zaqyah
Sharifah Sakinah
Azira Shafinaz
dan ramai lagi..
12 Nenek Bongkok Tiga Hun Haqeem
Meerqen
Sara Ali
Syafie Naswip
dan ramai lagi..
13 From Saga With Love Siti Khadijah
Sophia Albarakbah
Fimie Don
Ikmal Amry
dan ramai lagi..
14 Alter-Naratif Nabila Huda
Liyana Jasmay
Nam Ron
Neera Azizi
dan ramai lagi..
15 Seribu Nina Adriana Adnan
Syafiq Kyle
Marsha Milan
dan ramai lagi..
Berikut adalah senarai drama melayu VIU Original yang korang boleh tonton sekarang! Untuk drama yang belum ditayangkan dan yang akan datang aku akan kemaskini dari semasa ke semasa. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan korang untuk mencari drama melayu best dan menarik untu ditonton bersama kawan kawan dan keluarga. 
Terbaru Lebih lama