Drama Hilang

Drama Viu Original bertajuk Hilang akan mula disiarkan menerusi aplikasi VIU tidak lama lagi. Drama bersiri Hilang arahan Ghaz Abu Bakar dan Sein ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat tanah air seperti Khir Rahman dan Siti Saleha


Selain Khir Rahman dan Siti Saleha, Aqasha dan Jasmine Suraya juga turut terlibat dalam menjayakan drama bersiri 10 episod ini. Drama Hilang dijadualkan tayangannya bermula 17 November 2022.

Sinopsis Drama Hilang

Drama Hilang mengisahkan tentang Inspektor Munir yang kembali ke kampung halamannya iaitu Kampung Seri Daik untuk kes pembunuhan seorang remaja tanpa dokumen. Pada masa yang sama terdapat seorang remaja lain hilang secara misteri membuatkan Inspektor munir dan Ustaz Yusof yang pernah menjadi kawannya sewaktu ketika dulu bersatu untuk membongkar kejadian misteri tersebut.

Informasi Ringkas Tentang Drama Hilang

Tajuk Drama : Hilang
Saluran : VIU
Tarikh Tayangan : Bermula 17 November 2022
Pengarah : Ghaz Abu Bakar dan Sein
Pelakon : Khir Rahman, Siti Saleha, Jasmin Suraya, Aqasha, Farah Ahmad, Adrianna Qasmia, Azhar Sulaiman, Radhi Khalid dan ramai lagi.

Tonton Trailer Rasmin Drama Viu Original Hilang

Terbaru Lebih lama