Drama Super Wira

Drama Super Wira | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama yang berjudul Super Wira

Drama Super Wira yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini akan bersiaran pada setiap hari isnin jam 9:00 Malam di Astro Ceria menerusi Saluran 611 bermula 23 Oktober 2023. Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Super Wira secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.


Drama bersiri 7 episod terbitan The Media Hustler Sdn Bhd ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Idan Aedan, Ezzaty Abdullah, Arena Wan, Fadhli Masoot, Zizan Razak, Zahiril Adzim dan ramai lagi.

Informasi Ringkas Tentang Drama Super Wira

Tajuk Drama : Super Wira
Saluran : Astro Ceria
Tarikh Tayangan : Bermula 23 Oktober 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin, 9:00 Malam
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Terbitan : The Media Hustler Sdn Bhd
Pelakon : Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Idan Aedan, Ezzaty Abdullah, Arena Wan, Fadhli Masoot, Zizan Razak, Zahiril Adzim dan ramai lagi

Sinopsis Drama Super Wira

Drama Super Wira mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang mempunyai kelebihan luar biasa kecuali Aman, anak lelaki kepada ketua Super Wira iaitu Kapten Gemilang. Selepas ibu Aman ditangkap oleh penjahat, Aman mula mencari jalan untuk membuka kunci kuasanya yang terpendam demi menyelamatkan ibunya.
Terbaru Lebih lama