Drama Ijab Kabut

Drama  bersiri Viu Original yang baru bertajuk Ijab Kabut akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama romantik komedi ini dibintangi oleh Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan juga Fadlan Hazim. Untuk pengetahuan semua, Drama Ijab Kabul dijadualkan tayangannya pada 13 Oktober 2022.


Selain tiga pelakon yang disenaraikan dalam poster, terdapat beberapa pelakon lain lagi yang akan memeriahkan drama romantik komedi arahan Faliq Sharif ini, antaranya adalah Ezzaty Abdullah, Sarancak, Fathi Shafie dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ijab Kabut

Drama Ijab Kabut mengisahkan tentang seorang wanita bernama Deanna yang sedang dalam perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan tetapi ianya musnah secara tiba tiba apabila tunangnya mengundurkan diri di saat akhir. 

Keadaan menjadi kelam kabut apabila Deanna masih mahu melanjutkan perkahwinan tersebut dengan mencari pengganti secepat yang mungkin. Adakah plan yang dirancang oleh Deanna akan berjalan lancar? Adakah majlis perkahwinan tersebut akan diteruskan?  Korang kenalah tengok dekat Viu bermula 13 Oktober 2022 nanti

Informasi Ringkas Tentang Drama Ijab Kabut

Tajuk Drama : Ijab Kabut / I Have Plan (10 Episod)
Saluran : Aplikasi Viu
Tarikh Tayangan : Bermula 13 Oktober 2022
Pengarah : Faliq Sharif
Terbitan : Jazzy Pictures
Pelakon : Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin, Fadlan Hazim, Sarancak, Dilla Ahmad, Farisah Ku Sani, Taufiq Hanafi, Sobri Anuar, Fathi Shafie, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

Tonton Trailer Rasmi Drama Ijab Kabut

Terbaru Lebih lama