Senarai Buffet Ramadhan 2026 Di Terengganu (Lokasi dan Harga)

Salam buat semua warga terengganu! Artikel kali ini khas untuk korang sebab aku nak kongsikan tentang lokasi dan harga buffet ramadhan di Terengganu untuk tahun 2026.

Senarai Lokasi dan tempat Buffet ramadhan 2026 Di Terengganu
buffet ramadhan 2026 di Terengganu

Buat pengetahuan semua, ramadhan tahun ini akan disambut bermula pada hari khamis, 19 februari 2026 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1446 Hijrah. Bila bulan puasa semakin hampir akan ada banyak hotel dan restoren diluar sana yang mempromosikan buffet ramadhan dengan harga yang berpatutan dan menjimatkan.

Jadi, aku mengambil peluang ini untuk kongsikan dengan korang semua  senarai buffet ramadhan di Terengganu untuk memudahkan korang memilih lokasi berbuka puasa mengikut selera dan bajet masing masing.

Senarai Buffet Ramadhan di Negeri Terengganu Tahun 2026

Lokasi Early Bird Adult Kids Senior
Citizen
The Grand Puteri Hotel
Kuala Terengganu
Baucer Ramadan
18 Jan 2026 - 17 Feb 2026
RM65
RM75 RM45 -
Tanjong Vista Hotel
Kuala Terengganu
18 Dec 2025 – 18 Feb 2026
RM68
RM88 RM60 RM60
YT Midtown Hotel
Kuala Terengganu
21 Dec 2025 – 31 Jan 2026
RM48
RM55 RM35 RM50
The Qamar
Paka Terengganu
01 Jan 2026 – 31 Jan 2026
RM78
RM88 RM48 RM48
Raia Hotel & Convention
Centre Terengganu
01 Jan 2026 – 18 Feb 2026
RM79
RM89 RM59 RM59
Permai Hotel
Kuala Terengganu
RM65 RM98 RM65 RM65
Primula Beach Hotel
Kuala Terengganu
RM88 RM118 RM58 -

The Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu

Korang tahu tak pada bulan puasa nanti The Grand Puteri Hotel yang terletak di Kuala Terengganu akan mengadakan buffet ramadhan yang bertemakan Selara Harmoni Ramadan.

Poster Buffet ramadhan 2026 di The Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu lengkap dengan senarai Harga
credit poster: facebook The Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu

Menariknya korang boleh berbuka puasa di hotel ini dengan harga yang lebih murah dengan pembelian Baucer Ramadan pada tarikh 18 Januari 2026 sehingga 17 Februari 2026 dan baucer tersebut sah digunakan bermula 18 Februari sehingga 19 Mac 2026.

  • Harga Early Bird 18 Januari 2026 sehingga 17 Februari 2026 (RM65)
  • Harga Biasa (Dewasa RM75, Kanak Kanak RM45)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Mazita, Asilah atau Puteri di nombor yang tertera pada poster diatas.

Tanjong Vista Hotel Kuala Terengganu

Buffet ramadhan di Tanjong Vista Hotel Kuala Terengganu pada tahun ini bertemakan Lambaian Selera Warisan Timur. Buat korang yang sedang mencari buffet ramadhan di Kuala Terengganu boleh jadikan hotel ini sebagai salah satu pilihan untuk berbuka puasa nanti.

Poster Buffet ramadhan 2026 di Tanjong Vista Hotel Kuala Terengganu lengkap dengan Harga
credit poster: facebook Tanjong Vista Hotel Kuala Terengganu

Menerusi poster yang dikongsikan, buffet ramadhan mereka akan diadakan bermula 10 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026 bertempat di Tanjong Vista Hall. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan tetapi kalau korang nak harga yang lebih murah boleh buat tempahan awal dari 18 Disember 2025 sehingga 18 Februari 2026.

  • Harga Early Bird 18 Disember 2025 sehingga 18 Februari 2026 (RM68)
  • Harga Biasa (Dewasa RM88, Kanak Kanak RM60, Warga Emas RM60)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Fatihah, Aqirah, Yana atau Sofia di nombor yang tertera pada poster diatas.

YT Midtown Hotel Kuala Terengganu

Satu lagi hotel di Kuala Terengganu yang akan mengadakan buffet ramadhan pada bulan puasa 2026 adalah YT Midtown Hotel. Buffet ramadhan mereka bertemakan Sajian Nostalgia yang menyajikan juadah berbuka puasa istimewa buat keluarga dan rakan rakan.

Poster Buffet ramadhan 2026 di YT Midtown Hotel Kuala Terengganu Lengkap dengan Harga
credit poster: facebook YT Midtown Kuala Terengganu

Dalam poster diatas, YT Midtown Hotel kini sedang menjalankan promosi pembelian terawal dimana korang boleh berbuka puasa dengan harga yang lebih rendah. Promosi tersebut bermula dari 21 Disember 2025 sehingga 31 Januari 2026 dan tempoh sah voucher adalah dari 09 Mac 2026 sehingga 19 Mac 2026.

  • Harga Early Bird 21 Disember 2025 sehingga 31 Januari 2026 (RM48)
  • Harga Biasa (Dewasa RM55, Kanak Kanak RM35, Warga Emas RM50)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Athirah, Fatihah atau Nashwa di nombor yang tertera pada poster diatas.

The Qamar Paka Terengganu

Dengan bertemakan Santai Iftar, The Qamar Paka Terengganu kembali lagi memeriahkan suasana pada bulan ramadhan 2026. Buat korang yang tinggal berdekatan dengan area Paka boleh jadikan The Qamar sebagai lokasi berbuka puasa nanti. 

Poster Buffet ramadhan 2026 di The Qamar Paka Terengganu lengkap dengan senarai harga
credit poster: facebook The Qamar Paka Terengganu

Buffet ramadhan mereka akan bermula pada 19 Februari 2026 sehingga 21 Mac 2026 tetapi tempahan awal sangat dialukan kerana buat masa sekarang mereka sedang menjalankan promosi pembelian awal dalam dua kategori waktu.

  • Harga Early Bird 1 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025 (RM68)
  • Harga Early Bird 1 Januari 2026 sehingga 31 Januari 2026 (RM78)
  • Harga Biasa (Dewasa RM88, Kanak Kanak RM48, Warga Emas RM48)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi The Qamar Paka Terengganu sekarang di talian +6011 6096 3174. 

Raia Hotel and Convention Centre Terengganu

Bermula 19 Februari 2026 sehingga 20 Mac 2026, Raia Hotel and Convention Centre yang berada di Terengganu akan mengadakan buffet ramadhan dengan tema Jelajah Selera Pantai Timur yang bertempat di Baiduri Ballroom. 

Poster Buffet ramadhan 2026 di Raia Convention Centre Terengganu lengkap dengan harga
credit poster: instagram Raia hotel and convention centre Terengganu

Sempena buffet ramadhan kali ini, Raia hotel and convention centre menjalankan promosi pembelian awal atau early bird dengan harga RM79 sahaja buat mereka yang membuar tempahan dari 1 Januari 2026 sehingga 18 Februari 2026.

  • Harga Early Bird 1 Januari 2026 sehingga 18 Februari 2026 (RM79)
  • Harga Biasa (Dewasa RM89, Kanak Kanak RM59, Warga Emas RM59)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka sekarang di talian +609 668 6666.

Permai Hotel Kuala Terengganu

Tak sangka tempat berbuka puasa di Kuala Terengganu ini sebenarnya banyak dan satu lagi lokasi yang korang boleh pilih adalah Permai Hotel Kuala Terengganu. Pada tahun 2026 mereka menjanjikan pilihan menu yang lebih istimewa dan lebih pelbagai. 

Poster Buffet ramadhan 2026 di Permai Hotel Kuala Terengganu lengkap dengan harga
credit poster: facebook Permai Hotel Kuala Terengganu

Sempena buffet ramadhan kali ini, mereka menjalankan promosi pembelian awal atau early bird dengan harga RM79 sahaja. 

  • Harga Early Bird (RM65)
  • Harga Biasa (Dewasa RM98, Kanak Kanak RM65, Warga Emas RM65)

Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka sekarang di talian +609 622 2122.

Primula Beach Hotel Kuala Terengganu

Pada tahun ini, Primula Beach Hotel Kuala Terengganu bakal mengadakan buffet ramadhan dengan tema Hidangan Serata Dunia yang akan berlangsung pada 19 Februari 2026 sehingga 20 Mac 2026. 

Poster Buffet ramadhan 2026 di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu lengkap dengan harga
credit poster: facebook Primula Beach Hotel Kuala Terengganu

Sempena buffet ramadhan kali ini, mereka menjalankan promosi pembelian awal atau early bird dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM88 sahaja. 

  • Harga Early Bird (RM88)
  • Harga Biasa (Dewasa RM118, Kanak Kanak RM58)

Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Restoran Bayu sekarang di talian +6012 933 4100 untuk dapatkan harga yang lumayan murah dan mampu milik. 

Terbaru Lebih lama