Seperti yang kita semua sedia maklum, bulan ramadhan untuk tahun 2026 akan jatuh pada hari khamis, 19 Februari 2025 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1447 Hijrah. Memandangkan bulan ramadhan semakin hampir dengan kita aku nak kongsikan artikel berkenaan dengan buffet ramadhan untuk tahun ini di Negeri Kedah Darul Aman.
Dari awal tahun lagi terdapat beberapa restoren dan hotel di Negeri Kedah mula mempromosikan buffet ramadhan di tempat mereka. Mungkin ada diantara korang yang tahu dan ada juga yang tidak perasan. Jadi, aku mengambil inisiatif untuk kongsikan senarai lokasi dan harga buffet ramadhan di Kedah untuk memudahkan korang mendapatkan maklumat tentang buffet ramadhan di kawasan berdekatan dengan korang.
Senarai Buffet Ramadhan Di Kedah Tahun 2026
Menerusi jadual yang aku kongsikan dibawah, Korang boleh semak harga asal dan juga harga early bird. Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan warga Kedah memilih lokasi buffet ramdhan mengikut bajet dan selera masing masing.
| Lokasi | Early Bird | Adult | Kids | Senior Citizen |
|---|---|---|---|---|
| Swiss Avenue Hotel Sungai Petani |
Now until 31 Jan 2026 Buy 10 Free 1 |
RM88 | RM68 | RM68 |
| The Jerai Hotel Alor Setar |
- | RM69 | RM49 | RM49 |
| Hotel Seri Malaysia Alor Setar |
01 Jan 2026 - 19 Feb 2026 RM59.90 |
RM69.90 | RM42.90 | RM54.90 |
| Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar |
Bermula Jan 2026 RM75 |
RM88 | RM58 | RM58 |
| Hotel Seri Malaysia Sungai Petani |
01 Jan 2026 – 19 Feb 2026 RM48 |
RM59 | RM35 | RM45 |
| Zaques Hotel Sungai Petani |
RM69 | RM79 | RM39 | RM49 |
| Primula Beach Hotel Kuala Terengganu |
RM88 | RM118 | RM58 | - |
Swiss Avenue Hotel Sungai Petani
Korang tahu tak pada bulan puasa nanti Swiss Avenue Hotel yang terletak di Sungai Petani akan mengadakan buffet ramadhan yang bertemakan A Taste Of The Middle East.
Buffet ramadhan disini agak unik sedikit kerana ianya akan diadakan pada hari khamis, jumaat, sabtu dan ahad sahaja bermula pada 26 Februari 2026. Untuk promosi early bird pula, pembelian untuk 10 bermula sekarang sehingga 31 Januari 2026 akan dapat percuma 1
- Harga Early Bird pembelian sehingga 31 Januari 2026 (Buy 1 Free 1)
- Harga Biasa (Dewasa RM88, Kanak Kanak RM68, Warga Emas RM68)
Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Swiss Avenue Hotel Sungai Petani sekarang sebab nanti akan ada banyak makanan best untuk dicuba macam Kabsa Rice, Turkish Dessert, Kunfa dan banyak lagi.
The Jerai Hotel Alor Setar
Dengan bertemakan Rasa Nostalgia, The Jerai Hotel Alor Setar kembali lagi memeriahkan suasana pada bulan ramadhan 2026. Buat korang yang tinggal berdekatan dengan area Alor Setar boleh jadikan hotel ini sebagai lokasi berbuka puasa nanti.
Buffet ramadhan mereka akan bermula pada 2 ramadhan sehingga 29 ramadhan 1447 Hijrah. Berikut adalah senarai harga untuk buffet ramadhan di The Jerai Hotel Alor Setar.
- Harga Biasa (Dewasa RM69, Kanak Kanak RM49, Warga Emas RM49)
Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi The Jerai Hotel Alor Setar sekarang di talian +604 733 5917.
Hotel Seri Malaysia Alor Setar
Bermula 20 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026, Hotel Seri Malaysia yang berada di Alor Setar Kedah akan mengadakan buffet ramadhan dengan tema Simfoni Rasa Seri Malaysia Riang Ria Rasa yang menghidangkan banyak menu menarik dan yang paling istimewa adalah Kambing Bakar dan Gulai Daging Kawah Umput Pisang.
Sempena buffet ramadhan kali ini, hotel ini menjalankan promosi pembelian awal atau early bird dengan harga RM59.90 sahaja buat mereka yang membuat tempahan dari 1 Januari 2026 sehingga 19 Februari 2026.
- Harga Early Bird 1 Januari 2026 sehingga 19 Februari 2026 (RM59.90)
- Harga Biasa (Dewasa RM69.90, Kanak Kanak RM42.90, Warga Emas RM54.90)
Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka sekarang di talian +604 730 8737.
Raia Hotel and Convention Centre Alor Setar
Pada tahun ini, Raia Hotel and Convention Centre Alor Setar bakal mengadakan buffet ramadhan dengan tema Citarasa Perantau Hidangan Pengubat Rindu yang akan berlangsung pada 20 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026.
Sempena buffet ramadhan kali ini, mereka menjalankan promosi pembelian awal atau early bird dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM75 sahaja.
- Harga Early Bird bermula Januari 2026 (RM75)
- Harga Biasa (Dewasa RM88, Kanak Kanak RM58, Warga Emas RM58)
Sekiranya korang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka sekarang di talian +604 740 3666 untuk dapatkan harga yang lumayan murah dan mampu milik.
Hotel Seri Malaysia Sungai Petani
Bermula 20 Februari 2026 sehingga 19 Mac 2026, Hotel Seri Malaysia yang berada di Sungai Petani Kedah akan mengadakan buffet ramadhan dengan tema Simfoni Rasa Seri Malaysia Selera Rasa Warisan yang menghidangkan banyak menu menarik dan yang paling istimewa adalah Kambing Bakar dan Gulai Daging Batang Pinang termasuk Peknga Nyok dan Gulai.
Sempena buffet ramadhan kali ini, hotel ini menjalankan promosi pembelian awal atau early bird dengan harga RM48 sahaja buat mereka yang membuat tempahan dari 1 Januari 2026 sehingga 19 Februari 2026.
- Harga Early Bird 1 Januari 2026 sehingga 19 Februari 2026 (RM48)
- Harga Biasa (Dewasa RM59, Kanak Kanak RM35, Warga Emas RM45)
Promosi tersebut masih lagi berjalan sewaktu artikel ini dikemaskini. Jadi, buat korang yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi mereka sekarang di talian +604 423 4060.
Zaques Hotel Sungai Petani
Bulan puasa pada tahun 2026 di Sungai Petani dimeriahkan dengan buffet ramadhan dengan pengalaman berbeza di Zaques Hotel sebab korang boleh makan durian pada hari isnin hingga rabu Menarik kan!
Jadi, kalau korang sedang mencari lokasi atau tempat berbuka puasa yang best boleh cuba di Zaques Hotel. Mereka mengadakan buffet ramadhan bertemakan Warisan 1001 Rasa Ibunda dimana korang berpeluang untuk makan durian.
Buffet ramadhan mereka akan bermula pada 21 Februari 2026 sehingga 18 Mac 2026 tetapi tempahan awal sangat dialukan kerana buat masa sekarang mereka sedang menjalankan promosi pembelian awal.
- Harga Early Bird/booking (RM69)
- Harga Biasa (Dewasa RM79, Kanak Kanak RM39, Warga Emas RM39)
Jadi, buat korang yang berminat untuk mencuba sendiri buffet ramadhan 2026 di Zaques Hotel Sungai Petani boleh hubungi mereka sekarang di nombor yang tertera dalam poster yang dikongsikan diatas.
