Buat warga Perak dan mereka yang tinggal disana pada bulan ramadhan akan datang artikel ini adalah khas untuk korang. Alhamdulillah tidak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan 2026 yang akan jatuh pada hari khamis, 19 februari 2026 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1446 Hijrah dan ini adalah waktu yang sesuai untuk berkongsi tentang Buffet Ramadhan di Negeri Perak 2026.
Memandangkan bulan ramadhan hampir tiba banyak hotel dan restoren sedang mewara-warakan tentang promosi buffet ramadhan 2026 ditempat mereka. Di kesempatan ini juga aku ingin mengambil peluang untuk berkongsi dengan korang semua berkenaan hal tersebut.
Aku berharap dengan perkongsian tentang senarai buffet ramadhan 2026 dapat membantu memudahkan warga perak dan mereka yang akan berada disana pada bulan ramadhan akan datang memilih lokasi berbuka puasa atau iftar mengikut selera dan bajet masing masing.
Senarai Buffet Ramadhan Di Negeri Perak Tahun 2026
| Lokasi | Early Bird | Dewasa | Kanak-Kanak | Warga Emas |
|---|---|---|---|---|
| Gopeng Glamping Park | 15 Dec 2025 - 16 Feb 2026 Dewasa RM48 |
RM68 | RM28 | - |
| Impiana Hotel Ipoh | - | RM78+ | RM58+ | RM68+ |
Gopeng Glamping Park
Tak sangka dekat Gopeng Glamping Park pun ada buat buffet ramadhan untuk tahun ini. Kalau korang nak rasai sendiri berbuka puasa dekat sini jangan lepaskan peluang ada pelbagai jenis makanan yang akan dihidangkan nanti.
Buffet ramadhan mereka akan bermula pada 27 Februari 2026 sehingga 17 Mac 2026 tetapi sekarang ini kalau buat tempahan awal dari 15 Disember 2025 sehingga 16 Februari 2026, korang akan dapat berbuka puasa dengan harga lebih murah tak sampai RM50.
- Harga Early Bird 15 Disember 2025 sehingga 16 Februari 2026 (Dewasa RM48)
- Harga Biasa (Dewasa RM68, Kanak Kanak RM28)
Sewaktu artikel ini dikongsikan, promosi masih lagi berjalan. Kalau korang berminat, boleh buat tempahan dengan mereka sekarang di talian +6013 240 8857.
Impiana Hotel Ipoh
Pada bulan puasa kali ini, Impiana Hotel Ipoh akan mengadakan buffet ramadhan berkonsepkan Dari Teratak Opah, Iftar Warisan Enak Perak yang akan menyajikan pelbagai jenis sajian tradisional, stesen masakan secara langsung, gerai kambing golek dan lain lain.
Buffet ramadhan mereka akan bermula pada 20 Februari 2026 sehingga 18 Mac 2026 bertempat di Perak Ballroom. Berikut adalah senarai harga untuk rujukan bersama.
- Harga biasa (Dewasa RM78+, Kanak Kanak RM58+, Warga Emas RM68+)
Buat korang yang berminat untuk membuat tempahan berbuka puasa di Impiana Hotel Ipoh boleh hubungi senarai nombor yang disediakan dalam poster diatas.
