Cara menggunakan pewarna rambut telap air dan sah wuduk dari Gumash Hair Color

Cara menggunakan pewarna rambut telap air dan sah wuduk dari Gumash Hair Color | Dalam artikel sebelum ini aku ada kongsikan tentang pelancaran Gumash Hair Color dengan korang semua. Pada yang belum lagi sempat membaca artikel tersebut korang boleh klik link ini - Pelancaran Pewarna rambut telap air dan sah wuduk Gumash Hair Color - Untuk artikel kali ini pulak, aku akan share apa yang ada didalam kotak Gumash Hair Color dan bagaimana cara untuk menggunakannya.

Gumash Hair Color Kit RM129.00

Gumash Hair Color - Pewarna rambut telap air dan sah wuduk

Gumash mengeluarkan tiga jenis warna iaitu black, dark brown dan dark red. Ianya didatangkan dengan kotak yang kemas dan dilengkapi dengan beberapa alatan serta bahan bahan mewarna rambut dimana pada pendapat aku sangat menyenangkan. 

  • 2x Krim pewarna rambut 40ml 
  • 2x Losyen developer rambut 60ml
  • Syampu rambut 30ml
  • Perapi rambut 30ml
  • Serum rambut 5ml
  • Sikat rambut
  • Sarung tangan
  • Sarung kepala
Cara untuk menggunakan Gumash Hair Color ini sangat mudah tetapi sebelum korang menggunakannya pastikan korang tiada sebarang alahan dan sensitiviti. Korang perlu menjalankan ujian alahan kulit dan biarkannya selama 48jam sebelum mewarna. Sekiranya tiada sebarang reaksi barulah sesi mewarna rambut boleh dilakukan. *arahan ujian alahan kulit disediakan didalam kotak


Langkah langkah mudah untuk mewarna rambut menggunakan Gumash Hair Color 

1. Pastikan korang memakai sarung tangan yang disediakan dan tuangkan satu tiub krim pewarna rambut 40ml (1A) ke dalam botol losyen developer rambut 60ml (1B). Untuk korang yang berambut pendek, satu tiub pewarna rambut sudah cukup tetapi kalau rambut panjang boleh gunakan satu lagi tiub pewarna dan tuangkan dalam botol losyen developer rambut yang satu lagi.


2. Bila korang dah campurkan kedua dua bahan ini ke dalam botol losyen developer, make sure tutup balik botol tuh ketat ketat dan goncangkan sampailah campuran sebati sepenuhnya. lepas tuh sapukan krim tersebut pada berus yang disediakan dengan teliti. Right after that, korang sapukan pewarna tersebut dari akar hinggalah ke hujung rambut. kalau pewarna terkena kulit korang bersihkan jer guna tuala basah dengan serta merta. 


3. Bila korang dah selesai, biarkan jer selama 30 hingga 45 minit. Cukup jer masa yang ditetapkan, korang urut rambut secara sekata, cuci dan bilas rambut sehingga bersih. lepas tuh barulah korang gunakan syampu dan diikuti dengan perapi yang disediakan. Akhir sekali, bilas rambut dan keringkan rambut dengan tuala. Letakkan serum dan gayakan rambut baru korang seperti biasa.


Berikut adalah langkah langkah mudah untuk mewarna rambut menggunakan produk dari Gumash Hair Color. Korang tak perlu beli peralatan atau tools lain untuk warnakan rambut sebab dalam satu kotak ini dah ada semuanya. Selamat mencuba yer.

Gumash Hair Color
Rangkain Mercu Health and Beauty Sdn Bhd
No. 22A-3, Jalan PJU 5/20D,
The Strand, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Hotline
+60125341979
+60125351979

Telefon
0361507155

Fax
0361507455

Website
Facebook
Instagram
Twitter
Cara menggunakan pewarna rambut telap air dan sah wuduk dari Gumash Hair Color Cara menggunakan pewarna rambut telap air dan sah wuduk dari Gumash Hair Color Reviewed by Luqman Zakaria on 5/28/2018 12:49:00 am Rating: 5

No comments: