Boboiboy Galaxy dan team Lawak Kampus bergabung dalam satu komik

Boboiboy Galaxy dan team Lawak Kampus bergabung dalam satu komik | Apa yang akan berlaku bila watak dalam cerita animasi boboiboy bergabung dengan team lawak kampus yang sememangnya terkenal dengan lawak lawak yang tak pernah mengecewakan ini? Boboiboy dan Lawak Kampus sangat dikenali di Malaysia tak mengira peringkat umur, jadi aku rasa ramai yang tak sabar nak dapatkan komik edisi istimewa ini kan.


Pra Pelancaran Komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior

Pada 26 Mei yang lepas aku ke Atria Shopping Gallery untuk melihat sendiri pra pelancaran komik lawak kampus edisi istimewa ini. Gabungan unik ini berlaku sempena meraikan ulang tahun lawak kampus yang ke 15. Mereka bekerjasama dengan Animonsta Studio bagi menjayakannya.

Dalam kolaborasi antara Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studio ini, artis komik "LAWAK KAMPUS", Encik Keith Chong bersama 10 artis komik Kadokawa Gempak Starz bekerjasama dengan tiga orang artis komik dan dua orang penulis dari Animonsta untuk menghasilkan komik edisi istimewa ini. 
Ramai peminat peminat boboiboy dan lawak kampus yang datang untuk memeriahkan majlis tersebut. Mereka yang datang pada hari tersebut dapat berjumpa dengan artis komik kegemaran mereka dan berpeluang mendapatkan autograf mereka untuk dijadikan sebagai kenang kenangan. 


Dapatkan Komik Edisi istimewa ini dengan harga RM25 Sahaja!

Bagi yang berminat untuk mendapatkan komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior ini,  Ianya hanya akan dijual di kedai buku popular terpilih dengan harga RM25 sahaja. Komik ini akan mula dijual pada hujung bulan Ogos akan datang (31 Ogos 2018).


Sinopsis Komik Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior

Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis menjadi huru hara apabila kapa angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Adu Du telah menjumpai Sfera kuasa berbahaya yang boleh mengancam keselamatan, namun tiba tibai ia melancarkan kuasanya! Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang Vanness, Boboiboy, Froggy dan rakan rakan harus lakukan? Adakah Cikgu Noodle dan Ciciko terperangkap dalam dimensi misteri dibawa oleh Power Sphera?
Terbaru Lebih lama