Drama W : Two Worlds (Malaysia)

Drama W : Two Worlds Malaysia | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama yang berjudul W : Two Worlds. Untuk pengetahuan semua, drama ini diadaptasi dari drama korea yang popular pada tahun 2016 yang bertajuk W atau dikenali juga dengan nama W : Two Words/W : Two Worlds Apart.

Drama W : Two Worlds yang diarahkan oleh Datuk Yusry Abd Halim ini akan bersiaran di streaming platform popular di Malaysia iaitu VIU. Drama ini dijangkakan tayangannya pada bulan November 2023 tetapi masih belum ada tarikh yang tepat. 

Buat korang yang belum lagi mempunyai akaun VIU, boleh ke apple store atau google play dan download aplikasi tersebut untuk menonton drama W : Two Worlds yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Pelakon Drama W : Two Worlds Malaysia

Drama bersiri terbitan Independent Pictures ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Mierul Aiman, Tony Eusof, Faizal Hussien, Shah Kimin, Azrul Zaidi, Amerul Affendi, Ikhram Juhari dan ramai lagi.

Informasi Ringkas Tentang Drama W : Two Worlds Malaysia

Tajuk Drama : W : Two Worlds
Saluran : VIU
Tarikh Tayangan : TBC
Waktu Tayangan : TBC
Pengarah : Datuk Yusry Abd Halim
Terbitan : Independent Pictures
Pelakon : Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Mierul Aiman, Tony Eusof, Faizal Hussien, Shah Kimin, Azrul Zaidi, Amerul Affendi, Ikhram Juhari dan ramai lagi

Sinopsis Drama W : Two Worlds Malaysia

W : Two Worlds mengisahkan tentang seorang doktor bernama Izara Yusuf yang merupakan anak kepada seorang pencipta novel webtoon popular,W. Pada suatu hari ayah kepada Izara hilang dan selepas itu kejadian misteri terjadi kepada Izara dimana dia memasuki dunia webtoon ciptaan ayahnya. Dalam dunia webtoon tersebut dia bertemu dengan karakter bernama Aliff.
Apakah yang akan berlaku selepas itu? jom sama sama kita tonton drama W : Two Worlds versi Malaysia dia laman sesawang atau aplikasi VIU pada bulan november akan datang. 
Terbaru Lebih lama