Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Kelantan sudah Tamat?

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Kelantan sudah Tamat? | Sekarang ini saya sudah pun menetap di Negeri Kelantan. Jadi, apa sahaja yang berkaitan dengan negeri ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan menjadi salah satu informasi yang saya perlu "alert".

Betul ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditamatkan? Menurut Akaun Rasmi Majlis Keselamatan Negara di Instagram menyatakan bahawa PKPB di Negeri Kelantan akan ditamatkan pada 6 Disember 2020.

PKPB di Kelantan Disember 2020

Tetapi tidak semua daerah di Negeri Kelantan bebas dari PKPB. Empat daerah lain iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Machang & Tanah Merah masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 7 Disember hingga 20 Disember 2020.
Terbaru Lebih lama