Tempat Makan Best Dan Menarik Di Union Square Bangi Avenue

Tempat makan di Bangi Avenue yang aku nak kongsikan pada kali ini merupakan salah satu tempat makan yang pernah viral di tiktok dimana ramai pengguna tiktok berkongsi tentang konsep mereka yang unik, menarik serta memudahkan pelanggan yang datang.

Kedai makan di Union Square Bangi Avenue

Tempat makan yang aku maksudkan adalah deretan kedai makan di Union Square Bangi Avenue. Terdapat lapan restoren yang berbeza di Union Square iaitu My Ice Cream, Bangi Arabian Cuisine, Tendance Western Cuisine, Hanasaka, Teppanyaki dan juga restoren Thai yang merangkumi 3 kedai berlainan iaitu Thai Cuisine, The Seafood Market dan Seafood Bakar.

Kedai makan di Union Square Bangi Avenue

Apa yang menarik dan unik tentang restoren di Union Square Bangi Avenue?

Restoren di Union Square membolehkan pelanggan yang berkunjung memesan makanan dari restoren berbeza. Sebagai contoh, korang memilih untuk makan di restoren Teppanyaki tetapi pada masa yang sama korang juga boleh memesan makanan di restoren lain seperti Tendance Western Cuisine dan Hanasaka. 
  
Kedai makan best di Union Square Bangi Avenue

Konsepnya lebih kurang foodcourt kan tapi dekat sini lebih memudahkan pelanggan kerana korang boleh memesan makanan dimana mana restoren menggunakan QR Code sahaja tanpa perlu ke restoren tersebut. Bayaran bil pun senang jer! walau pun order makanan di restoren berlainan, korang perlu bayar satu bil sahaja sebab dorang dah combine siap siap.

Pengalaman Makan Di Bangi Arabian Cuisine Union Square Bangi Avenue

Aku ke Union Square Bangi Avenue dengan family untuk cuba makan dekat sini buat pertama kali. Pilihan restoren kitorang adalah Bangi Arabian Cuisine. Waktu masuk jer entrance restoren ini aku memang impressed dengan dekorasi dia yang nampak sangat cantik dan kemas. 

Kedai makan Bangi Arabian Cuisine

Aku ada ambil beberapa keping gambar tapi it didnt do the justice sebab kamera kualiti agak teruk. Jadi, korang tatap jerlah gambar dekat atas ini. Cantik kan? By the way, right after kitorang dah masuk dan duduk, staff dorang datang bagi fizikal menu dan juga QR Code untuk kita scan.

Fizikal menu tuh memang untuk restoren Bangi Arabian Cuisine sahaja dan QR Code pula menu untuk semua restoren yang ada kecuali restoren Thai (Thai Cuisine, The Seafood Market dan Seafood Bakar). Kalau korang nak order juga makanan dari restoren Thai untuk makan dekat restoren lain boleh sahaja tapi kena pergi sanalah sebab dalam menu online tak ada restoren Thai. Why? I also don't know hehe.

Apa yang kitorang order? Jom tengok!

Restoren Bangi Arabian Cuisine Union Square

Banyak juga makanan yang kitorang order. Dari restoren arab sampailah ke restoren jepun semuanya ada. Dekat bawah ini aku senaraikan makanan dan minuman yang kitorang pesan di restoren yang ada di Union Square Bangi Avenue.

Menu di  Bangi Arabian Cusine

Bangi Arabian Cusinie 

  1. Shawarma Chicken
  2. Mutton Kolhapur Dishes
  3. Chicken Dishes
  4. Cheese Nan

Menu di Teppayanki Bangi Avenue

Teppayanki

  1. Beef Okonomiyaki
  2. Teppayanki Beef Set

Menu di Tendance Western Cuisine

Tendance Western Cuisine

  1. Mac & Cheese with Grilled Chicken
  2. Carbonara With Smoked Duck
  3. Grilled Chicken Chop

Menu di My Ice Cream Bangi Avenue


My Ice Cream 

  1. Vanilla Blueberry Ice Blended
  2. Ice Peach Tea
  3. Lychee Milk Ice Blended
  4. Manggo Ice Blended
  5. Chocolate Tower
  6. Fantastic Cocoa Oreo Ice Blended

Menu di Hanasaka Bnagi Avenue

Hanasaka

  1. Mentaimayo  Mariowase
Berikut adalah antara makanan yang kitorang order di semua restoren yang ada di Union Square Bangi Avenue kecuali restoren Thai.  Secara keseluruhannya makanan dekat sini boleh tahan sedap jugak dan sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk makan makan bersama keluarga dan kawan kawan sebab di bahagian luar restoren ada tempat untuk duduk duduk dan bergambar.

Kedai makan di Union Square Bangi Avenue

Kalau korang datang waktu malam lebih cantik sebab akan ada banyak lampu lampu. Korang bolehlah ambil gambar atau buat video post dekat social media hehe. InsyaAllah kalau ada rezeki dan masa yang luang nak datang sini lagi untuk cuba menu lain.

Kedai makan sedap di bangi Avenue

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama