Tak Perlu Pergi 7 Eleven Thailand Kalau Nak Makan Burger Viral Nih!

Tak Perlu Pergi Thailand Kalau Nak Makan Burger Nih! | Korang mesti dah familiar dengan produk CP yang ada dekat 7E Malaysia kan? Contohnya macam Nasi Goreng, Nasi Lemak, Spaghetti dan lain lain lagi tapi sadly dorang tak ada jual burger yang macam dekat Thailand.

Sebelum nih pernah viral dekat social media pasal burger nih. Aku pun teringinlah nak cuba tapi tak berkesempatan. Kalau ikutkan ada jer orang jual dekat shopee tapi rasa macam tak yakin sebab takut nanti dah sampai dekat tangan takleh nak makan sebab rosak ke apa kan tapi Alhamdulillah baru baru nih tengok ada satu kedai dekat Tunjong Kota Bharu viral jual makanan dari Thailand. Macam macam dorang jual termasuklah Burger dari jenama CP.

RP Berkat Mart Kelantan

Aku tak sure ada berapa jenis burger yang dorang jual tapi aku ada nampak tiga nih sahaja waktu nak beli tuh. Tak fikir panjang terus grab semua sebab tak tahu bila nak datang lagi. Burger yang aku beli tuh adalah CP Double Chicken Cheese Burger, Black Pepper Chicken Steak Burger dan Spicy Chicken Burger.

RP Berkat Mart Kelantan

RP Berkat Mart Kelantan

RP Berkat Mart Kelantan

Dari segi harga pulak aku tak tahu nak cakap mahal atau murah sebab makanan nih obviously datang dari negara jiran. Jadi, bila masuk Malaysia mesti berbeza sikit harga kan. Aku rasalah haha. Untuk pengetahuan korang harga untuk CP Double Chicken Cheese Burger (RM7.50), CP Black Pepper Chicken Steak Burger (tak ingat harga T__T ) dan CP Spicy Chicken Burger (RM6.00).

Kedai yang menjual burger nih adalah RP Berkat Mart dekat Tunjong dan Rantau Panjang Kelantan. Selain burger, ada macam macam jenis barang makanan thailand lain yang korang boleh beli. Refer link dekat bawah nih kalau nak tahu tentang RP Berkat Mart.

Terbaru Lebih lama