RP Berkat Mart Kedai Menjual Barangan dan Makanan Thailand Di Kelantan

RP Berkat Mart Kedai Menjual Barangan dan Makanan Thailand Di Kelantan | Hai Korang! Untuk entry kali ini aku nak kongsikan dengan korang berkenaan dengan RP Berkat Mart yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan dari Thailand.

Sebelum ini RP Berkat Mart pernah viral dekat Tik Tok tapi aku tak berkesempatan nak singgah tapi beberapa hari yang lepas aku ke kedai menjual belon dan kebetulan RP Berkat Mart berada berdekatan dengan kedai belon tuh. Jadi, sambil menyelam kita minum air lah terus. hehe. 

Nasib baik waktu aku singgah RP Berkat Mart tak ada ramai orang. Bolehlah jalan jalan tengok apa yang ada tanpa gangguan. Untuk pengetahuan korang, RP berkat Mart ada dua cawangan! Selain Tunjong, korang juga boleh singgah ke cawangan dorang di Rantau Panjang. 

RP Berkat Mart Kelantan

Kedai dorang takdelah besar mana pun tapi ada banyak barang barang dari Thailand yang korang boleh dapat dekat sini. Dari bahan masakan sampailah snack atau makanan yang susah korang nak dapat dekat Malaysia.

RP Berkat Tunjong Kelantan

RP Berkat Tunjong Kelantan

Kalau nak tahu barangan apa yang dijual dekat RP Berkat Mart dengan lebih details contohnya macam harga setiap barang, korang boleh join group telegram dorang. Aku share dekat bawah nih nanti korang boleh terus klik and join kalau berminat nak tahu harga atau nak order sebab setahu aku dorang pun ada kedai dekat shopee jugak. 

Join Telegram RP Berkat Mart untuk Katalog Harga 

Link Whatsapp untuk order
Terbaru Lebih lama