Mempunyai Banyak Kelebihan, Huawei Matebook D15 Adalah Pilihan Terbaik Dan Murah!

Mempunyai Banyak Kelebihan, Huawei Matebook D15 Adalah Pilihan Terbaik Dan Murah! | Aku adalah salah seorang pengguna Smartphone Huawei dan ianya menjadi salah satu sebab kenapa aku memilih komputer riba dari jenama yang sama untuk kegunaan harian. Selain itu, harga yang dikenakan untuk Huawei Matebook D15 adalah sangat berpatutan.

Kelebihan Huawei Matebook D15

Walaupun harga Huawei Matebook D15 murah tetapi ia tetap nampak eksklusif dan mewah disebabkan oleh designnya yang sangat menarik. Komputer riba ini dibina dengan paparan skrin yang besar bersaiz 15.6" dan didatangkan dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Mystic Silver. 

Kelebihan Huawei Matebook D15

Berat Huawei Matebook D15 ini hanya 1.53kg sahaja which is sangat ringan dan mudah untuk dibawa ke mana mana sahaja. Yang bestnya tentang Huawei Matebook D15 adalah ianya mempunyai beberapa fungsi menarik yang mungkin akan membuatkan korang ingin membelinya. 


5 Fungsi Menarik Pada Huawei Matebook D15 

1. Finger Print Untuk Log Masuk 

Kelebihan Huawei Matebook D15

Mereka yang menggunakan komputer riba atau PC akan meletakkan password/kata laluan untuk memastikan data yang disimpan berada dalam keadaan yang selamat. Dengan menggunakan Huawei Matebook D15 korang tidak perlu memasukkan kata laluan setiap kali log masuk kerana ia mempunyai sensor cap jari. Apa yang perlu korang buat adalah menyentuh power button dan ia akan log masuk dengan mudah dan cepat. 


2. Rekod Skrin (Video) Huawei Matebook D15

Kelebihan Huawei Matebook D15

Dengan Huawei Matebook D15 korang tak perlu memuat turun aplikasi lain untuk rekod skrin laptop, fungsi ini sudah tersedia ada dalam laptop jadi korang gunakan sahaja tanpa was was hehe. Kalau korang nak jadi youtuber yang suka kongsi tutorial boleh guna fungsi ini untuk rakam video tutorial tersebut. 


3. Skrin Kolaborasi Huawei Matebook D15 

Kelebihan Huawei Matebook d15

Salah satu fungsi yang membuatkan aku tertarik untuk menggunakan Huawei Matebook D15 adalah kemampuannya untuk berkolaborasi dengan produk Huawei yang lain seperti Smartphone. Selain menggunakan laptop keluaran Huawei, aku juga menggunakan smartphone mereka iaitu Huawei Nova 5T. 

Kelebihan Huawei Matebook d15

Dengan menggunakan Huawei Share, ianya membolehkan smartphone Huawei berkongsi skrin yang sama dengan Huawei Matebook D15. Jadi, korang boleh memindahkan fail dari smartphone ke laptop atau sebaliknya dengan mudah tanpa memerlukan kabel. 

Kelebihan Huawei Matebook d15

Kelebihan Huawei Matebook d15

Sebagai seorang blogger, ini adalah fungsi yang paling kerap aku gunakan untuk transfer gambar gambar dan video yang aku ambil untuk masukkan dalam artikel. Kerja menjadi lebih mudah dan cepat. Kalau korang pelajar atau bekerja pun boleh gunakan Huawei Matebook D15 ini untuk transfer dokumen penting atau assignment.


4. Kamera Tertutup Huawei Matebook D15

Kelebihan Huawei Matebook D15

Untuk kamera bagi aku ianya menarik sebab berada dibahagian keyboard antara butang F6 dan F7. Privasi adalah keutamaan yang sangat penting untuk pengguna. Jadi, Huawei menghasilkan kamera yang boleh disembunyikan apabila tidak diperlukan tetapi adakah ianya bagus?

Pada pendapat aku, walaupun ianya adalah keputusan yang bijak tetapi kedudukan kamera tersebut membuatkan angle kamera nampak sedikit pelik. Namun, ianya bukan masalah besar bagi aku sebab kamera bukanlah faktor utama kenapa aku beli Huawei Matebook D15.


5. Charger USB-C 

 
Kelebihan Huawei Matebook D15

Huawei Matebook D15 menggunakan pengecas jenis C yang sangat ringan dan mudah untuk dibawa kemana mana sahaja. Kalau nak bandingkan dengan charger laptop lain yang aku guna, ini adalah yang paling senang dan mudah untuk diletakkan dalam beg. Yang penting aku boleh gunakan charger Huawei Matebook D15 untuk charge phone Huawei Nova 5T aku. 

Berikut adalah 5 fungsi menarik yang ada pada Huawei Matebook D15. Aku dah gunakan laptop ini selama beberapa bulan dan Alhamdulillah ianya sangat membantu mempercepatkan kerja lebih lebih lagi dengan adanya fungsi skrin kolaborasi yang terbaik. 

Terbaru Lebih lama