Keputusan Anugerah Juara Lagu 36 AJL36 | Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 2022 (AJL36)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 36 AJL36 | Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 2022 (AJL36) | Terdapat 12 Finalis yang akan berentap untuk Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) antaranya adalah Aina Abdul, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Naim Daniel dan ramai lagi. 

Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda ini akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 6 MAC 2022 bermula jam 9.00 Malam di TV3. 

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 AJL 36 AJL 2022

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) AJL 2022

Tak sabar rasanya nak tengok persembahan setiap finalis untuk Anugerah Juara Lagu Kali ini. Siapakah yang bakal menjadi juara AJL 36? Jom kita tengok senarai pemenang untuk semua kategori : 

Juara AJL 36  - Shila Amzah & SOG, Pelukan Angkasa (RM100,000 + Trofi)

Naib Juara - Marsha Milan, Cinta (RM50,000 + Trofi)

Ketiga - Haqiem Rusli, Mimpi (RM30,000 + Trofi)

Vokal Terbaik - Aina Abdul, Sepi (RM12,000 + Trofi )

Persembahan Terbaik - Marsha Milan, Cinta (RM18,000 + Trofi)

Penyanyi Pilihan Popular - Aina Abdul & Khai Bahar  (RM5000 + Trofi)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu 36! Apa pendapat korang tentang keputusan Anugerah Juara Lagu 2022? Adakah menepati ramalan yang korang dah buat?  Kongsikan di bahagian komen ya.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama