Tahniah Siti Saleha! Ini adalah Kemenangan Pertama Beliau Di Peringkat Antarabangsa!

Tahniah Siti Saleha! Ini adalah Kemenangan Pertama Beliau Di Peringkat Antarabangsa! | Baru Baru ini, Beliau memenangi  Anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 33 (ABPBH33).

Tidak berakhir disitu, Siti Saleha berkongsi satu lagi berita baik  menerusi akaun instagram beliau tentang anugerah yang diperolehinya di peringkat antarabangsa.

Asia Model Festival in Korea

"Malaysia Model Star Award" itulah yang tertulis pada trofi yang dipegang oleh beliau. Tahniah diucapkan kepada Siti Saleha atas kemenangan beliau di Asia Model Festival 2020 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan.

Selain Siti Saleha, Amelia Henderson juga pernah memenangi Anugerah dari Asia Model Festival dalam kategori yang sama. 

Kemenangan yang diperolehi oleh mereka semestinya akan memberi semangat kepada selebriti lain untuk terus berkarya  kerana artis Malaysia juga mempunyai peluang untuk bersinar di luar negara. 

Terbaru Lebih lama