Terlelap Secara Tiba Tiba! Kenali Apa Itu Microsleep? | Microsleep boleh berlaku bila bila masa sahaja dan paling merisaukan apabila ianya berlaku ketika kita sedang melakukan perkara penting seperti memandu kereta dan juga mengendalikan alatan yang boleh membahayakan diri kita.

Microsleep membahayakan nyawa

Apa Itu Microsleep?

Microsleep adalah kejadian dimana kita tertidur/terlelap dalam tempoh yang singkat. Ianya boleh berlaku dalam tempoh 1 hingga 30 saat. 

Microsleep boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya adalah : 
  • Mengantuk yang disebabkan oleh gangguan tidur seperti insomnia
  • Sleep apnea ( gangguan tidur disebabkan dengkur kronik) 
  • Narcolepsy (gangguan tidur kronik)

Mesti anda semua tertanya tanya apakah simptom yang boleh menyebabkan Microsleep terjadi. Apa yang saya kongsikan ini tidaklah seratus peratus simptomnya tetapi anda perlulah berjaga jaga sekiranya situasi ini berlaku.
  • Berkelip perlahan
  • Tidak ingat apa yang berlaku/apa yang dibualkan satu atau dua minit lepas
  • Terlepas susur keluar ketika memandu kereta
  • Sentiasa berkelip untuk terus terjaga
  • Menguap berulang kali 

Macam mana pula caranya untuk mengelakkan Microsleep berlaku?

Salah satu cara yang korang perlu utamakan adalah tidur yang mencukupi. Kuantiti tidur yang mencukupi untuk orang dewasa adalah 7 hingga 9 Jam. Saya faham kadang kadang kita cuba untuk dapatkan tidur yang tapi susah. Betul tak?

Mungkin korang boleh ikut tips yang saya kongsikan ini. 
  • Kebanyakan dari kita memang suka minum kopi kan. Kalau boleh sebelum tidur, elakkan pengambilan kaffein. 
  • Tutup semua alatan yang boleh menganggu waktu tidur kita contohnya phone, TV atau lampu.
  • Kekalkan suhu bilik mengikut keselesaan korang. 

InsyaAllah kalau kita dapat tidur yang berkualiti, masalah microsleep dapat dibendung terutama sekali waktu memandu tetapi sekiranya kita mengalami masalah seperti mengantuk ketika memandu. Pastikan kita berhenti dahulu dimana mana tempat yang selamat untuk tidur dan berehat dengan cukup sebelum meneruskan perjalanan.

2 Ulasan

  1. ada lagi satu petua, bawa laju-laju, sebab apa? kalau dah laju, macam mana nak mengantuk! betul tak, secara tak langsung kita akan lagi berwaspada.

    BalasPadam
  2. Pernah kemalangan dulu tahun 2013, dek sebab Micro Sleep, saat terjaga semula dah depan penghadang jalan di tepi lebuh raya PLUS. Ayah cedera teruk, saya dan emak cederan ringan. Sekarang kalau mengantuk terus sahaja tidur. Tak nak kejadian berulang lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama