Kedai Makan Nasi Campur di Kota Bharu | Restoren Syakila Ada Banyak Pilihan Lauk Pauk!

Kedai Makan Nasi Campur di Kota Bharu | Restoren Syakila Ada Banyak Pilihan Lauk Pauk! | Makanan ruji penduduk di Malaysia adalah Nasi! Memang tak boleh lari dah kan. Kalau tak makan nasi memang tak akan rasa kenyang. Jadi, untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan satu tempat makan yang korang boleh singgah kalau datang melawat Negeri Kelantan.

Kedai makan yang saya maksudkan adalah Restoren Syakila yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan. Apa yang korang boleh makan dekat sini?

Kedai Makan wajib singgah di Kelantan

Kalau korang nak tahu, Restoren Syakila adalah kedai makan yang berkonsepkan "nasi campur" dimana mereka menyediakan pelbagai jenis pilihan lauk pauk yang boleh buat kita pening tak tahu nak pilih yang mana satu.

Kedai makan wajib singgah di Kelantan

Seriously memang banyak pilihan lauk pauk yang ada dekat restoren ini. Dari jauh memang tak rasa macam terliur tapi kalau tengok satu satu korang akan dilemma sekejap hehe. Jom kita tengok apa yang ada dekat sini. 

Pilihan lauk pauk di Restoren Syakila
pilihan lauk pauk di restoren Syakila
Pilihan lauk pauk di Restoren Syakila
Pilihan lauk pauk di Restoren Syakila
Pilihan lauk pauk di Restoren Syakila
lau pauk di Restoren Syakila

Macam mana korang? Banyak kan! Kalau pergi makan dekat sini banyak kali kali pun tak puas kot sebab banyak lauk yang kita boleh makan. Untuk pengetahuan korang, selain nasi campur korang juga boleh makan pulut, nasi impit dan lain lain lagi.

Makanan di restoren syakila
Nasi impit di Restoren Syakila
Nasi Impit di Restoren Syakila
Pulut di Restoren Syakila

Teringin nak pergi makan dekat sini lagi tapi sebab PKPB terpaksalah tunda dulu. InsyaAllah lepas PKPB dah berakhir nanti kalau pergi kota bharu nak singgah makan tengahri tapi untuk korang yang memang duduk dekat area Kota Bharu tuh boleh datang makan. Make sure follow SOP! hehe.


Restoren Syakila
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.
Dibuka dari Jam 7am - 7pm Setiap Hari
09-7436292
Terbaru Lebih lama