Mee Celup Sedap di Anjung Selera, Min House Camp Kota Bharu | Hai Korang! Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan satu lagi tempat makan yang menjual Mee Celup sedap di Kota Bharu Kelantan. Tempat makan yang saya maksudkan adalah Anjung Selera, Min House Camp.

Anjung Selera

Untuk pengetahuan semua, Min House Camp adalah salah satu lokasi pelancongan yang menjadi tarikan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara kerana di sini korang boleh lakukan pelbagai aktiviti menarik seperti kayak, memanah, menggali kerang, mandi sungai, memancing, lawatan di sekitar kampung pulau, night walk, belajar buat kraftangan, petik buah buahan dan banyak lagi.

Tapi seperti yang saya bagitahu, artikel kali ini saya nak fokus pada makanan yang dijual di Anjung Selera yang terletak didalam kem ini. 

Mee Celup Bangkok Anjung Selera Min House Camp

Pertama kali masuk Anjung Selera dekat Min House Camp ini memang dah boleh agak makanan dekat sini sedap sebab masa sampai tuh dalam kedai ramai pelanggan. Kedai pun selesa, bersih dan dorang gunakan meja dan kerusi buluh yang membuatkan kedai ini nampak lebih cantik. Lokasi pun cun tepi sungai.

Anjung Selera
Anjung Selera

Sekarang ini jom kita tengok makanan pulak. Harga untuk satu mangkuk mee celup adalah RM5. Pada pendapat saya harga yang dikenakan memang berpatutan. Lagi pun, dorang letak banyak lauk contohnya ayam, daging, perut muda, perut babat dan paru. 

Mee Celup Sedap
Mee Celup Sedap

Selain lauk pauk yang banyak, dalam Mee Celup Bangkok ini juga ada sawi, kubis, taugeh,daun sup, cili jeruk, lobak jeruk yang dimasak bersama kacang tanah tumbuk, bawang goreng, sup pekat dan minyak bawang. 

Menu Anjung Selera

Kalau korang datang sini tapi kawan kawan atau family members tak makan mee celup jangan risau sebab dorang ada sediakan makanan set yang boleh dikongsi seramai 3 hingga 4 orang. Pilihan untuk minuman pun banyak. Korang boleh tengok menu dekat bawah.

Menu Anjung Selera
Menu Anjung Selera

Tak menyesal saya datang sini untuk makan mee celup sebab memang sedap. Jadi, kalau korang nak makan mee celup dekat area Kubang Kerian bolehlah datang ke Anjung Selera Min House Camp ini. Harapnya kenalah dengan selera korang jugak! Selamat mencuba ya. 

1 Comments

  1. Tengok gambar pun dah terliur. Susah nak jumpa mi celup sedap kat KL ni

    ReplyDelete

Post a comment

Previous Post Next Post