Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

Jejak Masjid Di Kelantan | Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor | Beberapa hari yang lepas aku ada kongsikan tentang Masjid Bukit Kechik yang berada di Tanah Merah. Jadi, kalau korang berminat untuk tengok dan baca boleh klik link yang aku kongsikan dekat bawah ini okay. 


Untuk segmen jejak masjid kali ini aku nak bawa korang ke Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Menariknya tentang masjid kali ini adalah ianya dibiaya penuh oleh Tengku Noor Aini dengan kos pembinaan yang bernilai RM2 Juta. Sumber

Gambar Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

Sewaktu aku ke masjid ini ada event sedang berlangsung jadi gambar gambar yang aku sempat ambil pun tak menarik sangat sebab terdapat beberapa kawasan dipenuhi dengan kereta dan orang. Bahagian dalam masjid pun tak boleh nak masuk sebab dikunci. Jadi, aku harap korang faham ya.

gambar Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

Ini adalah gambar yang diambil dari luar masjid. Kalau korang nampak ada banyak kereta dekat dalam kawasan masjid. Untuk datang ke masjid ini aku cadangkan korang gunakan waze sebab kawasan masjid ini terlindung sedikit dari pandangan.

gambar Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

gambar Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

gambar Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

gambar Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

gambar Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor

Gambar bahagian luar masjid pun dah cantik kan! Aku suka tengok design dan ukiran pada bangunan dan pintu masuk ke dalam masjid. Kawasan sekitar atau sekeliling masjid juga cantik dan bersih. Kalau dapat masuk ke dalam masjid mesti lagi menarik untuk dikongsikan dengan korang tapi sayangnya dikunci sewaktu aku datang. 
Alamat : Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor, 15200, Kota Bharu, Kelantan
Nampaknya sampai disini sahaja perkongsian aku tentang Masjid Noor Aini Mukim Pasir Hor. Kalau korang ke Kota Bharu bolehlah singgah untuk tengok sendiri senibina masjid ini. Untuk artikel Jejak Masjid yang lain korang boleh klik link yang aku kongsikan. 

Terbaru Lebih lama