Apakah Simptom Bell's Palsy? Apa itu Bell's Palsy?

Apakah tanda tanda Bell's Palsy? | Untuk entry kali ini saya nak berkongsi tentang Bell's Palsy dengan korang semua. Apa itu Bell's Palsy? Untuk pengetahuan semua, Bell's Palsy adalah keadaan yang menyebabkan kelemahan sementara atau kelumpuhan otot di wajah/muka.

Ianya boleh berlaku apabila saraf yang mengawal otot muka meradang atau membengkak. Bell's Palsy boleh menyebabkan wajah kita jatuh dan menjadi kaku. 

Apa itu Bells Palsy

Kebiasaanya ia berlaku pada sebelah atau satu bahagian wajah sahaja. Keadaan ini mungkin akan membuatkan kita susah untuk senyum dan menutup mata.

Dalam kebanyakan kes, kelumpuhan Bell's Palsy bersifat sementara dan gejala biasanya akan menghilang selepas beberapa minggu tetapi sesetengah orang mengalami gejala ini sepanjang hayat mereka.

Apakah Simptom atau tanda tanda Bell's Palsy?

Bell's Palsy boleh berlaku secara tiba tiba. Korang mungkin akan menyedarinya selepas bangun dari tidur atau ketika sedang ingin makan atau minum. 
  • Air liur meleleh.
  • Kesukaran untuk makan & minum.
  • Sukar untuk membuat eksperi wajah contohnya senyum ata mengerutkan kening.
  • Kekejangan otot di muka.
  • Sukar untuk menutup mata.
  • Deria rasa terjejas.
  • Mata & mulut yang kering.
  • Sensitif terhadap bunyi.
  • Sakit Kepala
Ini adalah antara simptom yang berkaitan dengan Bell's Pasly. Sekiranya korang mengalami tanda tanda ini, samada ianya Bell's Pasly atau bukan, sebaiknya berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang kesihatan untuk mendapat kepastian tentang masalah kesihatan yang dihadapi.

Rujukan :
  1. https://www.healthline.com/health/bells-palsy#symptoms
  2. http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-untuk-bells-palsy/
Terbaru Lebih lama