WANDTED! Girl Group Baru Malaysia Bakal Debut Bulan Oktober 2023

WANDTED! Girl Group Baru Malaysia Bakal Debut Bulan Oktober 2023 | Malaysian Pop atau MPOP sedang meningkat naik sejak akhir akhir ini. Ramai boy dan girl group muncul untuk memeriahkan lagi industri muzik Tanah Air kita, Malaysia.

 Antara yang menjadi tumpuan ramai buat masa sekarang adalah Dolla, COEX dan juga O.V.A atau pun dikenali juga dengan OVA. Ketiga tiga Kumpulan ini baru Sahaja mengeluarkan single terbaru mereka yang digemari oleh peminat masing masing.

Antara mereka bertiga, COEX adalah girl group mpop yang masih fresh kerana mereka baru Sahaja debut pada tahun 2023. Selain COEX, terdapat satu lagi girl group mpop yang akan debut pada tahun ini iaitu Wandted.

Poster Wandted Girl Group Baru Malaysia

Untuk pengetahuan semua, girl group Wandted akan debut pada bulan Oktober 2023. Masih berbaki beberapa hari Sahaja lagi sebelum bulan oktober berakhir. Tak sabar rasanya untuk tengok sendiri bagaimana hasil lagu pertama dan konsep apakah yang akan dibawakan oleh Wandted.

Menurut posting di Instagram pada tahun lepas, mereka berkongsi serba sedikit tentang kewujudan Wandted. Mereka mempunyai visi dan misi tersendiri yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua dan secara ringkasnya, menurut apa yang aku faham, Wandted adalah girl group mpop yang mengfokuskan kepada women empowerment!

Wandted dianggotai oleh 6 orang ahli iaitu Bell, Ann, Rae, Rika, Deanna dan Aela. Aku belum ada informasi yang lengkap tentang mereka berenam tapi cukup rasanya kita tahu Wandted dianggotai oleh enam gadis yang cantik dan berbakat!

Masih lagi tentang lagu debut Wandted, aku dapati lagu yang akan di released tidak lama lagi akan dihasilkan oleh mereka yang cukup berbakat dalam industry iaitu John Jeeves, Firdaus Rahmat dan juga Iqie Hugh.

Sedikit Fakta tentang John Jeeves dan Firdaus Rahmat! Mereka berdua pernah bekerjasama dengan Dolla untuk lagu Berani yang kini mendapat lebih satu juta views di youtube.

Untuk music video pula mereka akan bekerjasama dengan Motawh Production yang pernah menghasilkan music video Lantaklah nyanyian XONE.

Setakat hari ini sudah ada 6 gambar teaser untuk lagu debut mereka. Kita nantikan lagi update dari mereka untuk debut pada bulan Oktober 2023. Korang boleh ke instagram dan tiktok untuk dapat update terbaru dari mereka. 

Aku harap dengan perkongsian video tentang mereka akan membuatkan lebih ramai orang diluar sedar tentang kewujudan mpop group baru di Malaysia. Terima kasih kerana singgah dan baca artikel kali ini, kita jumpa lagi dalam video akan datang.

Terbaru Lebih lama