Drama Barista : Misi Terpaling Sulit (B.A.R.I.S.T.A)

Drama Barista : Misi Terpaling Sulit (B.A.R.I.S.T.A) | Gempak Original Series kembali lagi dengan drama baru yang akan ditayangkan tidak lamal lagi bertajuk Barista : Misi Terpaling Sulit. Kalau korang nak tahu, B.A.R.I.S.T.A yang dimaksudkan bukanlah barista yang dekat cafe tuh tapi barista dekat sini maksudnya adalah Badan Anti Radikal Insurgen Terosis Andorsia. Kemain ya nama pun terbelit lidah nak sebut.


Drama Barista : Misi Terpaling Sulit (B.A.R.I.S.T.A) dibintangi oleh ramai pelakon hebat tanah air seperti Kamal Adli, Sherry Alhadad, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Khir Rahman dan ramai lagi. Drama arahan Labu (Norhanisham Muhammad) akan menemui penonton di Astro Ria bermula 24 Ogos 2023 pada jam 11:00 Malam. Selain itu, korang juga boleh menonton secara online di Astro GO.

Sinopsis Drama Barista : Misi Terpaling Sulit (B.A.R.I.S.T.A) 

Drama ini mengisahkan tentang M dan Gee yang merupakan Perisik B.A.R.I.S.T.A dari sebuah negara yang bernama Andorsia. M adalah seorang Ejen "Field Agent" dan Gee pula adalah seorang Ejen "Desk-Bound Analyst". Mereka berdua bekerjasama untuk menyelamatkan Ejen K. Ejen K adalah kawan baik kepada Ejen M yang telah diculik oleh sekumpulan pengganas.

Informasi Ringkas Tentang Drama Barista : Misi Terpaling Sulit (B.A.R.I.S.T.A) 

Tajuk Drama : Barista : Misi Terpaling Sulit (B.A.R.I.S.T.A) 
Saluran : Astro Ria
Tarikh Tayangan : Bermula 24 Ogos 2023
Waktu Tayangan : Jam 11:00 Malam
Pengarah : Labu (Norhanisham Muhammad)
Terbitan : Arie Zaharie Production 
Pelakon : Kamal Adli, Sherry Alhadad, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Khir Rahman, Mekyun, Luqman Hafidz, Zarul Husin dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama