Drama Rajuk Karina

Drama Rajuk Karina | Untuk Slot Akasia TV3 kali ini akan membawakan korang semua satu lagi drama baru yang bertajuk Rajuk Karina. Drama ini menggandingkan Siti Hariesa dan Yusuf Bahrin

Bagi korang yang tidak tahu, Siti Hariesa pernah membintangi drama popular di TV3 sebelum ini yang bertajuk Perempuan Itu. Manakala Yusu Bahrin pula pernah terlibat dengan beberapa buah drama sebelum ini antaranya Jesnita, Special Force : Anarchy, Ratu Ten Pin 2 : Shalin dan banyak lagi.

Jom Tonton Drama Rajuk Karina

Gambar pelakon utama drama Rajuk Kirana

Drama bersiri ini diadaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama iaitu Rajuk Karina karya hebat dari Sufea Hareez. Selain Siti Hariesa dan Yusuf Bahrin, drama ini dibintangi barisan pelakon yang hebat seperti Nizam Othman, Zarina Zainuddin, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan pembaca, Rajuk Karina yang merupakan drama arahan Harris Fadzillah ini akan mula bersiaran di Slot Akasia bermula 10 Ogos 2023 pada jam 7:00 Petang setiap hari isnin hingga jumaat.

Sinopsis Drama Rajuk Karina

Drama ini mengisahkan tentang Karina yang dijodohkan dengan sepupunya Mizan tetapi Mizan menolak permintaan opahnya untuk berkahwin dengan Karina kerana Mizan menyayangi Karina seperti adik dan abang sahaja. 

Berkecil hati dengan jawapan Mizan, Karina beralih hati dengan Saiful dan mereka berdua berkahwin tetapi malangnya Saiful berlaku curang dengan seorang perempuan bernama Anum. Saiful dan Anum akhirnya berkahwin dan menceraikan Kirana sewaktu sarat mengandung. 

Apakah nasib Karina selepas bercerai? Adakah Kirana akan bersatu dengan Mizan? dan dugaan apa lagi yang harus ditempuh Karina?

Informasi Ringkas Tentang Drama Rajuk Karina

Tajuk Drama : Rajuk Karina
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 10 Ogos 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, Jam 7:00 Petang
Pengarah : Harris Fadzillah
Terbitan : Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon : Yusuf Bahrin, Siti Hariesa, Nizam Othman, Zarina Zainuddin, Puteri Aishah, Anne Abdullah, Sera Melisa, Zainol Ismail, Fad Anuar dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama